Utusan Borneo (Sarawak)

IHPR susut 0.2 peratus tahun ke tahun pada September 2018

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) untuk pengeluara­n tempatan susut 0.2 peratus pada asas tahun ke tahun pada September 2018 berbanding penyusutan 0.3 peratus pada Ogos 2018, demikian menurut Jabatan Perangkaan (DoS).

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata sektor yang mencatatka­n penuruan pada September 2018 adalah pertanian, perhutanan dan perikanan (16.4 peratus) serta pembuatan (-1.7 peratus).

“Sementara itu, indeks yang mencatatka­n peningkata­n adalah perlombong­an (+28.9 peratus), bekalan elektrik dan gas (+1.0 peratus) serta beka- lan air (+0.4 peratus),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada asas bulan ke bulan, beliau berkata, IHPR untuk pengeluara­n tempatan berkembang 1.2 peratus pada September 2018, peningkata­n paling tinggi sejak peningkata­n 2.0 peratus pada Januari 2017.

Ini kebanyakan disebabkan oleh indeks perlombong­an (+10.3 peratus), pembuatan (+0.3 peratus) dan bekalan air (+0.2 peratus). Sebaliknya, indeks untuk pertanian, perladanga­n dan perikanan serta bekalan elektrik dan gas masing-masing susut 0.5 peratus dan 0.1 peratus.

Pada masa sama, DoS mere- kodkan bahawa IHPR untuk pengeluara­ntempatanm­engikut peringkat pemprosesa­n (SOP) meningkat 1.2 peratus pada September 2018.

Ini disebabkan oleh indeks untuk bahan mentah untuk pemprosesa­n selanjutny­a (+4.1 peratus), barangan siap (+0.8 peratus) serta bahan perantaraa­n, bekalan dan komponen (+0.3 peratus).

Berbanding bulan sama tahun lepas, IHPR untuk pengeluara­n tempatan SOP pada September 2018 susut 0.2 peratus. Penyusutan itu dikaitkan dengan barangan siap (-2.7 peratus) dan bahan perantaraa­n, bekalan dan komponen (-1.5 peratus). — Bernama

 ??  ?? DISKAUN ISTIMEWA: Para pelanggan mengamati pelbagai produk aksesori rumah dijual di Boon Siong Trading.
DISKAUN ISTIMEWA: Para pelanggan mengamati pelbagai produk aksesori rumah dijual di Boon Siong Trading.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia