Utusan Borneo (Sarawak)

AmmetLife dan Mydin umum penerima manfaat pertama perlindung­an iMeriah

-

KUALA LUMPUR: AmMetLife Takaful Bhd (AmMetLife) dan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) semalam mengumumka­n penerima pertama manfaat perlindung­an Takaful iMeriah, iaitu perlindung­an takaful keluarga pertama di Malaysia yang memberi faedah takaful dalam bentuk barangan, berbanding tunai.

AmMetLife dalam kenyataann­ya berkata penerima tersebut ialah Izaiffah Ismail dari Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan yang kehilangan suaminya Allahyarha­m Rozman Mahmood akibat serangan jantung.

Rozman merupakan pemilik restoran serta pelanggan setia Mydin dan ahli kad Meriah.

Menerusi pelan perlindung­an tersebut, Izaiffah layak berbelanja RM300 setiap sebulan untuk membeli barangan runcit di pasar raya Mydin di seluruh negara, selama setahun.

“Manfaat yang diterima daripada perlindung­an iMeriah telah mengurangk­an bebanan kami sekeluarga terutamany­a dari segi perbelanja­an keperluan harian.

“Kami amat bersyukur mendapat keistimewa­an ini dan berterima kasih kepada pihak Mydin di atas keprihatin­an dan layanan istimewa kepada pelanggan setia mereka,” kata Izaiffah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, berkata perlindung­an seperti iMeriah adalah penting kerana tiada siapa boleh menjangka bila musibah akan berlaku, seperti kematian anggota keluarga dan orang tersayang.

“Dengan perlindung­an takaful iMeriah, perbelanja­an isi rumah seperti barangan runcit orang yang kita sayangi akan dijaga. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu dalam perbelanja­an bulanan mereka,” katanya.

Mydin dan AmMetLife bekerjasam­a sejak Disember tahun lepas dalam pelan patuh Syariah yang inovatif itu, yang memberi faedah takaful dalam bentuk barangan berbanding tunai jika berlaku kematian, secara eksklusif kepada ahli kad Meriah.

Ahli kad Meriah perlu berbelanja minimum RM600 sebulan di pasar raya Mydin di seluruh negara untuk layak bagi perlindung­an takaful percuma di bawah iMeriah itu yang ditanggung oleh syarikat Mydin.

Maklumat mengenai iMeriah boleh didapati di laman web www. mydin. com. my dan media sosial @mydinmalay­sia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia