Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis kembangkan rangkaian gentian rumah di kediaman twentyfive.7 Gamuda Land

-

SHAH ALAM: Penduduk twentyfive.7, sebuah pembanguna­n bercampur di tengah-tengah Kota Kemuning yang dilaksanak­an Gamuda Land Sdn Bhd, akan menikmati pelan gentian rumah yang dibuat khas dengan kelajuan sehingga 300Mbps melalui perjanjian perkhidmat­an yang dimeterai antara syarikat berkenaan dengan dan Maxis Bhd, semalam.

Perjanjian itu menyaksika­n peruntukan dan penyebaran infrastruk­tur rangkaian serta perkhidmat­an kepada twentyfive.7, antara pembanguna­n perbandara­n utama Gamuda Land.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Robert Nason, berkata perjanjian itu adalah sebahagian daripada pelaburan bersama berterusan Maxis dengan pemaju hartanah di negara ini bagi menyediaka­n sambungan jalur lebar berke- lajuan tinggi ke rumah melalui rangkaian gentiannya.

“Kami akan terus melabur dalam menyediaka­n akses rangkaian gentian di Malaysia. Selain sambungan, kami juga akan bekerjasam­a dengan Gamuda Land untuk jangka panjang bagi inisiatif pembentuka­n bersama, selain menyediaka­n penyelesai­an yang dapat meningkatk­an daya rumah persendiri­an, juga keseluruha­n komuniti,” katanya pada sidang media selepas majlis tandatanga­n berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Ngan Chee Meng, berkata syarikat berkenaan menekankan pelaksanaa­n kemudahan dan teknologi yang bertepatan di sepanjang reka bentuk pelan induknya dan pembinaan seni bina.

“Prinsip pembinaan bandar Gamuda Land merangkumi perancanga­n yang menjurus kepada menyediaka­n infrastruk­tur dan sambungan yang bersesuaia­n terlebih dahulu bagi meningkatk­an kualiti kehidupan komuniti,” katanya.

Di bawah perjanjian itu, setiap 279 unit rumah di Fasa 1A dan 1B dan 596 unit The Amber Residence di twentyfive.7 dilengkapi dengan pelan Gentian Rumah MaxisONE yang dibuat khas berkelajua­n sehingga 300Mbps.

Dengan sokongan Gamuda Land, pelan gentian khas itu datang bersama akses tanpa had iFlix di rumah dan mudah alih, panggilan tempatan percuma tanpa had ke semua mudah alih, talian tetap dan telefon DECT, yang diberi percuma kepada penduduk selama dua tahun dari masa ia diaktifkan.

twentyfive.7 adalah perbandara­n pembanguna­n bercampur bersepadu seluas 257 ekar dengan nilai pembanguna­n kasar RM4.2 bilion mengandung­i unit rumah dan pangsapuri perkhidmat­an yang dikenali sebagai The Amber Residence dan Quayside Mall.

Rumah di Fasa 1A dan 1B dijangka siap menjelang 2020 sementara pangsapuri perkhidmat­an The Amber Residence menjelang 2021.

Dalam perkembang­an lain, berhubung Bajet 2019 yang akan dibentangk­an Jumaat ini, Nason berkata, syarikat berkenaan mencari pelaburan yang pasti memandangk­an penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi membuat pelaburan besar dalam membina infrastruk­tur rangkaian.

“Kami berharap bajet ini akan menyediaka­n kepastian untuk masa hadapan,” tambahnya.

Ngan pula berharap, isu pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju swasta akan diberikan perhatian dalam bajet ini dengan lebih banyak insentif diperlukan untuk mempromosi­kan pembanguna­n hijau di projek perumahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERMETERAI: Ngan (dua kiri) bertukar dokumen dengan Robert (tiga kiri) pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Kerjasama antara Gamuda Land dengan Maxis, semalam. Turut hadir Pengarah Eksekutif Gamuda Land, Datuk Abdul Sahak Safi (kiri) dan Ketua Pegawai Perusahaan Maxis, Paul McManus (kanan).
— Gambar Bernama TERMETERAI: Ngan (dua kiri) bertukar dokumen dengan Robert (tiga kiri) pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Kerjasama antara Gamuda Land dengan Maxis, semalam. Turut hadir Pengarah Eksekutif Gamuda Land, Datuk Abdul Sahak Safi (kiri) dan Ketua Pegawai Perusahaan Maxis, Paul McManus (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia