Utusan Borneo (Sarawak)

PENA berharap isu pedalaman diutama

Pembanguna­n infrastruk­tur seperti telekomuni­kasi masih antara isu perlu diberi perhatian

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Persatuan Jaringan Pemerkasaa­n Penan Baram (PENA) berharap isu pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan pedalaman Sarawak akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2019 meskipun kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan.

Pengerusin­ya Elia Bit berkata, pembanguna­n infrastruk­tur seperti sistem telekomuni­kasi masih menjadi antara isu utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Rangkaian talian telefon dan Internet di beberapa kawasan perlu diperbaiki bagi memudah dan mempercepa­tkan segala urusan penduduk di luar bandar dengan bandar.

“Contohnya di klinik,

Rangkaian talian telefon dan Internet di beberapa kawasan perlu diperbaiki bagi memudah dan mempercepa­tkan segala urusan penduduk di luar bandar dengan bandar. Elia Bit Pengerusi PENA

kakitangan kadang-kadang menghadapi masalah untuk berkomunik­asi dengan cepat jika berlaku kecemasan atau merujuk pesakit untuk ke Hospital Miri.

“Kawasan kampung Penan macam Long Liwok, Long Latei dan Long Kevok, ada penduduk berkomunik­asi antara kampung guna walkietalk­ie, sampai bila mahu guna cara begitu?” katanya berseloroh ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau menambah, belanjawan yang dibentang kelak diharap dapat menyediaka­n peruntukan untuk penambahba­ikan infrastruk­tur di sekolah-sekolah.

“Ini termasuk menggantik­an kerusi meja yang patah, almari asrama yang roboh, tilam yang koyak, lantai sekolah yang rapuh dan perpustaka­an yang lapuk.

“Terdapat input daripada para pengajar memohon agar ada agihan khas untuk membuat lampu isyarat dan bonggol jalan di semua sekolah khususnya yang berada di tepi jalan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakong, SMK Tinjar, Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru dan SK Long Lapok,” katanya.

Menurutnya, rakyat pedalaman Baram sedar adanya belanjawan diagihkan kerajaan dari dulu lagi namun kadangkala tidak sampai ke peringkat akar umbi.

“Justeru diharap kerajaan baharu Pakatan Harapan memantau pelaksanaa­n projek di bawah belanjawan yang akan dibentangk­an,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dijadualka­n membentang­kan Belanjawan 2019 pada Jumaat ini jam 4 petang.

 ??  ??
 ??  ?? ELIA
ELIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia