Utusan Borneo (Sarawak)

Noel bina kreativiti, pupuk disiplin menerusi tarian

Anak muda Iban yang amat meminati dan aktif dalam tarian tradisiona­l Melayu

- Oleh Andy Sabang

SENI tarian tradisiona­l Melayu memiliki keistimewa­an tersendiri bermula daripada rentak, lenggok dan gaya si penari yang pasti membuatkan penonton memperoleh kepuasan tersendiri.

Gerak tarinya juga sangat teratur dan menawan, bahkan pergerakan badan pula begitu gemalai ketika dipersemba­hkan.

Berlainan agama dan bangsa, tidak menghalang Noel Thomas untuk berkecimpu­ng secara aktif dalam bidang tarian tradisiona­l Melayu.

Anak kelahiran Rumah Imau, Jalan Kubong, Limbang berusia 22 tahun ini bukan sahaja sopan santun, malah tutur katanya juga persis orang zaman dahulu. Menyingkap penglibata­n remaja ini yang mesra disapa Noel dalam bidang tarian, minat beliau agak ber- beza dengan kebanyakan rakan seusianya yang lain. “Saya amat meminati tarian tradisiona­l Melayu dan klasik Melayu,”

ujar beliau ketika dihubungi semalam. Noel yang berbangsa Iban memberitah­u, tarian tradisiona­l Melayu sangat unik dan memerlukan minat serta kepakaran yang tinggi untuk menguasain­ya.

Walaupun berasa bimbang berdepan kesukaran untuk menguasai setiap rentak dan langkah dalam seni tarian berkenaan pada awal pembabitan­nya, lamakelama­an perasaan itu hilang dengan sendirinya.

“Jujurnya, seni tari tradisiona­l Melayu ini lebih dekat dengan hati saya. Jadi, adalah penting untuk saya mempelajar­i serta mendalamin­ya. Bagi saya, tarian ini menggambar­kan kelembutan dan kehalusan budaya.

“Sejak di bangku sekolah lagi, saya mula berjinakji­nak dengan bidang tarian dan sehingga kini saya masih aktif menari,” kata pelajar Tahun Kedua Sarjana Muda Tari, Universiti Malaya itu.

Noel yang merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik berkata, sejak zaman persekolah­an hingga melanjutka­n pelajaran, dia sering mengikuti banyak persembaha­n tarian termasuk di beberapa bahagian negeri ini.

Katanya, beliau banyak menimba pengalaman mempelajar­i tarian tradisiona­l menerusi persembaha­n yang disertainy­a dan berkenalan dengan penggiat seni lain, tidak kira dalam seni drama ataupun muzik.

Ujar beliau, dia bertuah kerana dikeliling­i rakanrakan yang sangat membantu dan tidak pernah jemu mengajarny­a untuk menguasai tarian tradisiona­l berkenaan.

Katanya, disebabkan sangat meminati bidang kesenian dan suka mencuba sesuatu yang baharu, dia mencabar dirinya untuk mempelajar­i tarian berkenaan, justeru secara tidak langsung pembabitan­nya itu melatih dirinya menjadi seorang yang kreatif dan berdisipli­n.

“Disiplin penting dalam mempelajar­i setiap perse- mbahan tarian tradisiona­l dan kekuatan mental fizikal amat diperlukan bagi memastikan sesuatu yang kita lakukan berjaya,” jelas beliau.

Semasa di universiti, Noel juga pernah menjadi penari ganti kepada artis popular seperti Nabila Razali, Amalina, Wany Hasrita, Azharina, Farahdhiya dan Syamel.

“Untuk mahir dalam sesebuah tarian terutamany­a tradisiona­l, seseorang itu perlu mengetahui asalusul tarian, pengasas dan maksud di sebalik setiap pergerakan.

“Pada pendapat saya, sesebuah tarian perlu dipersemba­hkan secara asli tanpa perlu mengubah pergerakan dan bunyi.

“Namun demi kelangsung­an tarian ini, kita juga terpaksa memasukkan bunyi moden supaya mampu menarik minat masyarakat,” katanya.

Menceritak­an perancanga­n masa depannya, Noel memasang impian untuk bergiat dalam seni tarian tradisiona­l yang terdapat di negara-negara lain.

“Saya berharap agar hasrat saya ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti,” jelas beliau lagi.

Jujurnya, seni tari tradisiona­l Melayu ini lebih dekat dengan hati saya. Jadi, adalah penting untuk saya mempelajar­i serta mendalamin­ya. Bagi saya, tarian ini menggambar­kan kelembutan dan kehalusan budaya. Noel Thomas Penari

 ??  ??
 ??  ?? BERAKSI: Salah satu aksi Noel semasa mengadakan persembaha­n tarian tradisiona­l Melayu. BERBAKAT BESAR: Noel sedang mengikuti persembaha­n. LATIHAN: Noel bersama kumpulan penari sedang mengadakan latihan.
BERAKSI: Salah satu aksi Noel semasa mengadakan persembaha­n tarian tradisiona­l Melayu. BERBAKAT BESAR: Noel sedang mengikuti persembaha­n. LATIHAN: Noel bersama kumpulan penari sedang mengadakan latihan.
 ??  ??
 ??  ?? SEGAK: Noel Thomas memperagak­an baju Melayu.
SEGAK: Noel Thomas memperagak­an baju Melayu.
 ??  ?? UNIK: Salah satu jenis tarian yang disertai Noel.
UNIK: Salah satu jenis tarian yang disertai Noel.
 ??  ?? MENARIK: Noel (tiga kanan) bersama kumpulanny­a semasa mengadakan persembaha­n.
MENARIK: Noel (tiga kanan) bersama kumpulanny­a semasa mengadakan persembaha­n.
 ??  ?? FOKUS: Noel bersama rakan-rakannya mengadakan latihan.
FOKUS: Noel bersama rakan-rakannya mengadakan latihan.
 ??  ??
 ??  ?? NOEL
NOEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia