Utusan Borneo (Sarawak)

SUSPEK CURI KASUT, SEDUT MINYAK KERETA DIBERKAS

-

MIRI: Seorang lelaki ditangkap polis di Kampung Pujut Tanjung Batu di sini tengah malam kelmarin selepas disyaki terlibat dengan kegiatan curi kasut dan sedut minyak kereta.

Menurut sumber, suspek berjaya ditangkap polis susulan maklumat diterima daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah malam.

“Dalam tangkapan terbabit, polis turut merampas sepasang kasut yang dipercayai dicuri suspek dari sebuah rumah,” kata sumber.

Terdahulu, kegiatan suspek dan seorang rakannya yang menaiki sebuah motosikal dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah rumah di Piasau Jaya dan tular di media sosial.

Video berdurasi dua minit itu menunjukka­n suspek dipercayai mencuri kasut serta selipar dan menyedut minyak kereta yang diparkir di luar rumah tersebut.

Bagaimanap­un, menurut sumber, seorang lagi suspek masih bebas.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki ditahan selepas kelihatan mencurigak­an dan berkeliara­n di kawasan perumahan Desa Senadin di sini tengah malam Isnin lalu.

Suspek, 26, ditahan Unit Rondaan Bermotosik­al, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri ketika sedang melakukan rondaan cegah jenayah.

“Pemeriksaa­n pada suspek menjumpai pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah dan curi kenderaan. Suspek juga didapati mempunyai sembilan rekod kesalahan jenayah lampau,” kata sumber.

Sehubungan itu, suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek (kiri) kes curi kasut dan sedut minyak kereta.
DICEKUP: Suspek (kiri) kes curi kasut dan sedut minyak kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia