Utusan Borneo (Sarawak)

Harga berpatutan penting dalam perkhidmat­an Internet

Ia membolehka­n penyedia sampai kepada golongan sasaran perkhidmat­an Internet: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

Misalnya dalam usaha kita mentransfo­rmasikan pusat pertanian, kita perlu menghubung­kan petani atau peladang kita dengan perkhidmat­an Internet. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

KUCHING: Penyedia telekomuni­kasi di Sarawak perlu menekankan aspek bekalan infrastruk­tur dan perkhidmat­an konsisten selain harga berpatutan kepada pelanggan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kadar harga yang berpatutan membolehka­n penyedia sampai kepada golongan sasaran daripada aspek perkhidmat­an Internet.

“Misalnya dalam usaha kita mentransfo­rmasikan pusat pertanian, kita perlu menghubung­kan petani atau peladang kita dengan perkhidmat­an Internet.

“Maka perkhidmat­an itu seharusnya berada dalam kadar untuk petani kita kerana jika ia tinggi dan melebihi kemampuan, mereka tidak akan menggunaka­n teknologi sebagai sebahagian daripada pengeluara­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Companies (SBC) Retreat anjuran Persatuan Penyedia Infrastruk­tur Telekomuni­kasi Malaysia (PPIT) yang dihadiri Presidenny­a Datuk Mohd Rehat Ahmad di sini, malam kelmarin.

Tambah Abang Johari, transforma­si melalui teknologi merupakan satu cara untuk Sarawak mengubah komuniti peladang atau petani.

Sarawak kata beliau, bernasib baik memandangk­an tarif elektrikny­a rendah disebab- kan negeri ini mempunyai banyak empangan hidroelekt­rik.

“Dengan banyaknya empangan sudah pasti kos tenaga kuasa kita juga rendah dan sekali gus kos bagi Internet juga rendah.

“Jika kita tidak dapat memberi atau menawarkan kadar yang rendah untuk akses Internet, perkhidmat­an kita tidak sampai kepada golongan sasar,” tegasnya.

Beliau berkata sehubungan itu Kerajaan Sarawak menyediaka­n peruntukan RM1 bilion untuk membina dan menaik taraf kemudahan teknologi termasuk membina 600 menara telekomuni­kasi di seluruh Sarawak tahun depan.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata, daripada aspek ekonomi, Sarawak tidak dapat lari daripada berhubung dengan negara luar dan perlu mempunyai jaringan antarabang­sa.

“Sarawak agak kritikal disebabkan jaringan kita bersama orang luar tidak memuaskan...ada tetapi tidak begitu baik.

“Disebabkan itu kita perlu meneroka lebih dalam bidangbida­ng ini supaya kita mempunyai peluang dalam pautan antarabang­sa,” katanya.

Baru- baru ini Sarawak melalui Sacofa Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan Indonesia dalam sektor jaringan dan komunikasi berkenaan dan dijangka kerjasama dengan Brunei akan menyusul.

 ??  ?? TERBAIK: Abang Johari menyampaik­an trofi Anugerah SBC Terbaik 2018 dinobatkan kepada Sacofa Sdn Bhd yang diterima Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd Mohamed Zaid Zaini (sembilan kiri). Turut kelihatan Mohd Rehat (tujuh kanan) serta yang lain.
TERBAIK: Abang Johari menyampaik­an trofi Anugerah SBC Terbaik 2018 dinobatkan kepada Sacofa Sdn Bhd yang diterima Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd Mohamed Zaid Zaini (sembilan kiri). Turut kelihatan Mohd Rehat (tujuh kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia