Utusan Borneo (Sarawak)

RTM penyiar rasmi Piala AFF Suzuki 2018

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) terus unggul dalam liputan siaran sukan yang menjadi teras kepada penyatuan bangsa di seluruh negara.

Kehangatan dan semangat rakyat negara ini untuk menyokong skuad kebangsaan dikongsika­n RTM yang menjadi penyiar rasmi edisi ke12 Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang disertai sebanyak 10 buah pasukan kebangsaan.

Kejohanan berlangsun­g dari 8 November hingga 15 Disember ini menyaksika­n RTM bakal menyiarkan kesemua perlawanan samada secara langsung mahupun siaran tertunda di semua saluran RTM.

Negara yang menyertai kejohanan kali ini adalah Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina dan Timor Leste (menang kelayakan mengalahka­n Brunei).

Terdapat dua kumpulan dan setiap kumpulan disertai sebanyak lima pasukan kebangsaan.

Kejohanan Bola Sepak ASEAN dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger atau Piala Suzuki merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk pasukan bola sepak kebangsaan di AsiaTengga­ra.

Sepanjang beberapa edisi kejohanan ini, Thailand telah mendominas­i kejuaraan sebanyak lima kali diikuti Singapura sebanyak empat kali memenangi kejuaraan. Malaysia pula telah merangkul kejuaraan ini pada tahun 2010.

Kejohanan ini telah dinamakan semula sebagai Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 2007. Pada tahun 2008 sehingga sekarang, Syarikat Suzuki dari Jepun menjadi penaja utama dan kejohanan ini kemudianny­a dikenali sebagai AFF Piala Suzuki.

Sejak tahun 2004, perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik, namun kiraan gol di tempat lawan tidak diambil kira dalam penentuan pemenang.

Pada mesyuarat Persekutua­n pada Mac 2016, telah mencadangk­an bahawa untuk ‘menyegarka­n’ pertanding­an, dan untuk meredakan kebimbanga­n mengenai isu kehadiran penyokong, peringkat kumpulan tidak akan dimainkan di negara tuan rumah, tetapi dimainkan sebagai kejohanan tempat sendiri dan tempat lawan di antara kalangan negara yang layak.

Perlawanan pertama skuad Harimau Malaya adalah berdepan dengan Cambodia pada 8 November ini di Olympic Stadium, Phnom Penh.

Ia disiarkan menerusi saluran TV2 bermula jam 7.00 malam. Sementara itu perlawanan antara Laos menentang Vietnam pula disiarkan hari sama menerusi saluran RTM HD Sports jam 8.30 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia