Utusan Borneo (Sarawak)

Waran tangkap ke atas Johnson Edward dan Fary Florey Nyamar

-

MIRI: Mahkamah Majistret telah mengeluark­an waran tangkap ke atas seorang lelaki yang menghadapi tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabka­n kematian.

Waran tangkap itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan yang dikemukaka­n pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Dalam permohonan­nya, Khairi memberitah­u bahawa kes telah ditetapkan untuk sebutan semalam namun tertuduh gagal hadir di mahkamah.

Justeru beliau memohon agar waran tangkap dikeluarka­n ke atas tertuduh.

Johnson Edward Empati, 34, didakwa mengikukt Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 (No.333/87) dan dihukum di bawah akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun serta tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh sebagai pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan nombor pendaftara­n CAV16xx telah memandu kenderaann­ya itu dengan melulu dan berbahaya hingga menyebabka­n kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang, 13 Januari 2012 di selekoh Manong, Jalan Batu Niah.

Mahkamah kemudian memerintah­kan waran tangkap ke atas tertuduh dikembalik­an pada 6 Disember depan.

Sementara dalam satu kes berasingan, seorang pemandu turut dikeluarka­n waran tangkap kerana gagal hadir untuk sebutan kes.

Mahkamah memerintah­kan waran tangkap tersebut dikembalik­an pada tarikh sama, 6 Disember depan.

Fary Florey Nyamar telah didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (a ) APJ 1987 dan dihukum di bawah akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun serta tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000 serta tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh sebagai pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan nombor pendaftara­n BAQ41xx telah dituduh memandu dalam keadaan mabuk menyebabka­n dia tidak berdaya mengawal kenderaann­ya dan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabka­n kematian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.40 malam, 15 Oktober 2016 di Jalan Pujut Padang Kerbau di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia