Utusan Borneo (Sarawak)

BDA disaran longgarkan undangunda­ng perniagaan

-

KUCHING: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) disarankan supaya melonggark­an undang-undang ke atas para peniaga di bandar Bintulu.

Chiew Chiu Sing (DAPTanjung Batu) berkata, tindakan undang-undang yang ketat telah menyukarka­n para peniaga.

“Sejak dua tahun lalu, para peniaga di Bintulu mengalami saat kesukaran disebabkan tindakan BDA melarang para peniaga meletakkan barangan di kawasan kaki lima kedai.

“Ada sebab kenapa barangan dipamerkan di kawasan kaki lima,” katanya ketika ucapan perbahasan Belanjawan 2019 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menurutnya, barangan yang dipamerkan di kawasan kaki lima adalah untuk memudahkan para pelanggan memilih barangan yang dijual tanpa perlu masuk ke dalam kedai.

“Bukan tidak boleh masuk ke kedai tetapi ia menjimatka­n ruangan lot kedai yang terhad dan memudahkan pengurusan peniaga,” katanya lagi.

Selain itu, mempamerka­n barangan di kawasan kaki lima kedai turut menjadi tarikan kerana ia memberi pandangan yang lebih jelas ketika para pelanggan lalu-lalang.

Satu isu lagi, beliau memberitah­u BDA turut mengarahka­n para peniaga untuk memastikan kawasan kaki lima kedai sentiasa bersih sepenuhnya.

“BDA sendiri pun tidak dapat menguruska­n selenggara­an di kawasan seliaannya, apatah lagi mahu mengarahka­n peniaga berbuat demikian,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Chiew mendakwa, perkhidmat­an kargo di Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menerima banyak aduan daripada orang ramai serta pelanggann­ya.

“Kita memohon kerajaan memandang isu ini dengan lebih serius demi keselesaan rakyat,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia