Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo, Messi masih pemain hebat dunia Namun Mbappe menegaskan dua pemain itu tidak mungkin memenangi Ballon d’Or 2018

-

PARIS: Pemain remaja sensasi Kylian Mbappe memberitah­u AFP kelmarin bahawa Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi masih pemain-pemain paling hebat dalam sukan bola sepak tetapi kehebatann­ya sendiri di Piala Dunia dapat membantuny­a memenangi anugerah Ballon d’Or 2018.

Mbappe, 19, memberi inspirasi kepada Perancis untuk memenangi Piala Dunia di Rusia dengan empat gol.

Salah satu daripadany­a dijaringka­n dalam kemenangan 4-2 pada peringkat akhir ke atas Croatia apabila dia menjadi pemain remaja kedua selepas Pele pada 1958 untuk menjaringk­an gol dalam perlawanan akhir.

Dia juga dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik kejohanan itu dan sejak itu menjadi penjaring gol terbanyak dalam Ligue 1 dengan 11 gol apabila Paris Saint-Germain memenangi kejuaraan Perancis.

Messi dan Ronaldo sudah memenangi 10 anugerah Ballon d’Or terakhir dan Mbappe percaya mereka masih pemain senarai A terkemuka dalam sukan bola sepak.

“Tidak ada orang yang bermain lebih baik buat masa sekarang dan kita tidak dapat mengatakan ia adalah penghujung era mereka kerana ia hanya akan berakhir apabila orang lain bermain lebih baik daripada mereka,” kata Mbappe kepada AFP.

Bagaimanap­un penyerang muda itu menambah: “Saya tidak fikir salah seorang daripada mereka akan memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini kerana ia adalah tahun Piala Dunia, dan Piala Dunia didahuluka­n.”

Sementara Mbappe berkembang di Piala Dunia, Argentina dan Messi serta Portugal dan Ronaldo tersingkir pada peringkat 16 terakhir.

“Tetapi jika anda mengambil pemain dalam bentuk paling tulen, belum ada pemain yang lebih baik. Pada tahun ini, mereka sekali lagi dua pemain terbaik,” tambah Mbappe.

“Messi menamatkan musim sebagai penjaring gol terbaik di Eropah; Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara.”

Mbappe bercakap kepada AFP kelmarin di satu acara yang dianjurkan oleh syarikat pembuat jam tangan Hublot, salah satu penjana utamanya.

Pemain Perancis terakhir yang memenangi anugerah Ballon d’Or adalah Zinedine Zidane selepas pasukan kebangsaan memenangi Piala Dunia pada 1998.

“Sejujurnya, saya harap begitu ( memenangi Ballon d’Or). Kami mencapai sesuatu yang besar. Ia tidak akan tidak adil kerana itu adalah perkataan yang keras, tetapi ia pasti sayang jika pemain Perancis tidak meme- nanginya.

“Kami mencipta sejarah dan ia pasti seronok untuk diberi hadiah.”

Luka Modric dari Croatia, yang dipilih sebagai Pemain Terbaik di Piala Dunia, masih menjadi pilihan untuk memenangi Ballon d’Or.

Bagaimanap­un Modric adalah 14 tahun lebih tua daripada Mbappe, maka masa memihak kepada pemain muda Perancis itu.

Dia juga ada masa dan peluang untuk melengkapk­an perjalanan­nya dari tengah b a n d a r B o n d y yang sukar di pinggir P a r i s k e - pada kehidupan yang kayaraya.

Mbappe, yang akan berusia 20 tahun sejurus sebelum Krismas, menandatan­gani kontrak dengan PSG dari Monaco dengan harga 180 juta euro (RM864 juta) pada 2017 dalam perpindaha­n kedua paling mahal dalam sejarah - di belakang rakannya di PSG, Neymar, yang memakan kos 222 juta euro (RM1.07 bilion) bagi juara Perancis itu.

Di luar padang, dia dijangka akan menandingi Ronaldo dari segi komersil.

Adakah singkatan namanya ‘KM’ dapat menandingi kuasa jenama ‘CR7’ Ronaldo? “Saya tidak tahu kerana CR7 adalah sesuatu yang besar, dia telah berjaya membina jenamanya dan m e n -

j a d i a n t a r a b a n g s a , ” Mbappe.

“Jenama saya belum sampai peringkat ini lagi, saya berubah sedikit demi sedikit.”

Perkembang­an itu ke dalam kesedaran umum menyaksika­nnya mendominas­i muka depan majalah Time pada Oktober dan penerbit Amerika itu mempamerka­n pemain remaja itu sebagai “masa depan bola sepak”.

Mbappe berkata dia tidak akan berpuas hati dengan memenangi hanya satu Piala Dunia sahaja.

Apabila ditanya apa yang dia mahu menangi seterusnya, dia berkata: “Semua Piala Dunia di mana saya dapat bermain.

“Saya bermain untuk menang; jika saya bermain dalam empat Piala Dunia, maka saya mahu memenangi empat. Kami maju selangkah demi selangkah. Saya sudah memenangi satu. Kita perlu bersiap sedia dan menang bersama kelab kita dan juga dengan pasukan kebangsaan.

“Terdapat matlamat jangka pendek sebelum memikirkan tentang Piala Dunia 2022. Tetapi matlamat sentiasa untuk men a n g . ” — AFP k a t a

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE
 ??  ?? SOLARI
SOLARI
 ??  ?? MESSI
MESSI
 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia