Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund dan Bayern bertemu dalam aksi Bundesliga malam ini

-

DORTMUND: Borussia Dortmund menepis kenyataan daripada presiden Bayern Munich, Uli Hoeness, bahawa pendahulu Bundesliga itu adalah pasukan pilihan dalam perlawanan pada malam ini (Sabtu), apabila perang psikologi bermula di antara dua kelab terkemuka di Jerman itu.

Dortmund bimbingan Lucien Favre mempunyai kelebihan empat mata ke atas juara bertahan Bayern sebelum perlawanan mereka di Signa Iduna Park, yang mendorong Hoeness untuk menegaskan: “Kami adalah pasukan bukan pilihan.”

Bagaimanap­un, walaupun Dortmund merupakan satusatuny­a pasukan dalam liga utama Jerman yang masih belum tewas pada musim ini dan semakin menghampir­i rekod kelab bagi siri perlawanan tanpa kekalahan sejak awal musim, pengarah sukan mereka Michael Zorc meno- lak idea bahawa Bayern boleh dianggap sebagai pasukan ‘underdog’.

“Buat pertama kali sejak sekian lama, kami menentang FB Bayern sebagai pendahulu dalam liga, tetapi itu tidak begitu bermakna. Pasukan pilihan tidak mendapat gol tambahan,” kata Zorc dalam sidang akhbar kelmarin.

“Kami sudah dengar apa yang telah disebut tetapi kami tidak peduli - kami hanya menikmati situasi.

“Ia tidak masuk akal untuk membanding­kan Dortmund dengan Bayern, mereka sudah memenangi enam kejuaraan Bundesliga yang terakhir.”

Dortmund memulakan perlawanan pada hujung minggu ini selepas bermain buruk di seluruh padang dalam kekalahan 2-0 di tempat lawan kepada Atletico Madrid dalam Liga JuaraJuara pada Selasa lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia