Utusan Borneo (Sarawak)

TEMUI AJAL DI BILIK SEWA

-

BINTULU: Seorang pekerja kedai perabot ditemui meninggal dunia di sebuah bilik sewa atas kedai di sebuah pusat komersial di Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Jame Reis berkata, si mati dikenal pasti sebagai Chang Siew Chin, 39, wanita berasal dari Kuching.

“Pihak polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat berhubung kejadian sekitar jam 9.56 pagi untuk menjalanka­n khidmat khas membuka pintu bilik sewa berkenaan,” ujarnya.

Difahamkan, kelmarin rakan kerja si mati ada menghubung­i telefon bimbitnya beberapa kali, namun tidak dijawab sehingga memaksa mereka menghubung­i pihak bomba bagi menjalanka­n pemeriksaa­n.

Sejurus pintu bilik berjaya dibuka, anggota bomba mendapati seorang wanita berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pegawai perubatan dari Hospital Bintulu yang turut berada di situ kemudian melakukan pemeriksaa­n ke atas tubuh wanita tersebut dan mengesahka­nnya telah meninggal dunia,” jelasnya.

Setakat ini katanya, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes diklasifik­asikan sebagai kes mati mengejut.

Katanya, mayat si mati kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

 ??  ?? MATI MENGEJUT: Anggota bomba mengusung keluar mayat si mati dari bilik sewanya, semalam.
MATI MENGEJUT: Anggota bomba mengusung keluar mayat si mati dari bilik sewanya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia