Utusan Borneo (Sarawak)

MCPF sokong babitkan ibu bapa cegah gejala sosial

-

GEORGE TOWN: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal satu undang-undang baharu membabitka­n peranan ibu bapa bagi membantera­s gejala sosial terutama dadah di kalangan remaja kata Naib Pengerusi Kanannya Tan Sri Lee Lam Thye.

“Masalah gejala sosial terutama dadah di kalangan remaja termasuk pelajar sekolah membimbang­kan dan berdasarka­n rekod yang ada sejak Januari hingga September lepas, seramai 1,731 pelajar sekolah dari 36,664 yang diuji air kencing mereka positif dadah.

“Kami harap pihak kerajaan dapat pertimbang­kan cadangan AADK untuk gubal undangunda­ng baharu dengan babitkan peranan ibu bapa sebagai contoh pihak berkuasa memanggil ibu bapa atau penjaga remaja bermasalah untuk mengikuti sesi kaunseling,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Dan Pencegahan Jenayah Serta Dadah Untuk Pelajar Sekolah, di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi MCPF Pulau Pinang Datuk Seri Syed Jaafar Syed Ali dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Kontijen Pulau Pinang Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah.

Lee berkata demikian mengulas cadangan Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah mengesyork­an supaya kerajaan mewujudkan undang-undang baharu dengan membabitka­n peranan ibu bapa bagi membantera­s gejala sosial terutama dadah dalam kalangan remaja.

Lee berkata peranan ibu bapa dan keluarga dalam usaha membantera­s gejala sosial terutama dadah di kalangan remaja sangat penting dan mereka tidak boleh lepas tangan dengan mengharapk­an pihak berkuasa sahaja mengambil tindakan.

Sementara itu, Lee berkata penglibata­n pelajar sekolah dan remaja dalam kegiatan jenayah amat membimbang­kan serta perlu dilihat secara serius dan masalah berkenaan perlu ditangani segera khususnya oleh ibu bapa serta pengurusan sekolah.

Katanya gejala tersebut boleh memberiimp­aknegatift­erhadap pengurusan sekolah sekiranya tidak ditangani secara segera dan berkesan di peringkat awal.

“Perbuatan salah laku dan jenayah seperti mencuri, merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, membuli, mencederak­an murid lain, memeras ugut untuk mendapatka­n wang dan lain-lain perlu dilihat secara serius oleh semua pihak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia