Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu Grab tunjuk isyarat lucah kepada polis ditangkap

Suspek dipercayai tidak puas hati selepas kenderaann­ya disaman

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang pemandu Grab ditahan kerana menunjukka­n ‘jari tengah’ (isyarat lucah) dan katakata kurang sopan kepada penjawat awam yang mengawal lalu lintas di kawasan Lapangan Terbang Sibu di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki berumur 37 tahun itu berbuat begitu kerana dipercayai tidak berpuas hati selepas kenderaann­ya disaman anggota polis gara-gara diparkir di tempat tidak sepatutnya sekitar jam 5.35 petang.

“Lelaki terbabit menunjukka­n reaksi tidak puas hati dan menunjukka­n isyarat lucah (jari tengah) kepada anggota polis yang menjalanka­n tugas,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, polis kemudian mengarahka­n suspek pergi ke pondok polis Lapangan Terbang Sibu tetapi enggan, malah mengeluark­an kata- kata kurang sopan dengan nada tinggi.

Jelasnya, suspek juga bertindak agresif sehingga berlaku sedikit pergelutan ketika polis melakukan tangkapan.

“Lelaki itu berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis CPS di sini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Stanley, semakan awal polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek direman untuk siasatan lanjut dan dirujuk kepada narkotik untuk saringan urin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/ 509 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menunjukka­n isyarat lucah,” katanya.

Lelaki terbabit menunjukka­n reaksi tidak puas hati dan menunjukka­n isyarat lucah ( jari tengah) kepada anggota polis yang menjalanka­n tugas. ACP Stanley Jonathan Ringgit Ketua Polis Daerah Sibu

 ??  ?? DICEKUP: Suspek ditahan di pondok polis Lapangan Terbang Sibu petang kelmarin.
DICEKUP: Suspek ditahan di pondok polis Lapangan Terbang Sibu petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia