Sarawak bersedia urus sendiri pendidikan prasekolah: KM

Biarpun pendidikan tanggungjawab kerajaan pusat, prasekolah tidak dimasukkan dalam kurikulum pendidikan negara

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Sarawak bersedia untuk menguruskan sendiri perkara berkaitan pendidikan prasekolah, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Walaupun hal ehwal berkaitan dengan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, beliau memberitahu prasekolah tidak dimasukkan dalam kurikulum pendidikan negara.

“Menyedari perkara itu, saya mahu membuat perubahan kerana prasekolah tidak termasuk dalam kurikulum pendidikan negara.

“Maka dengan itu, kita mahu menguruskan prasekolah seperti mana yang kita laksanakan dalam pendidikan tinggi di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke- 26 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, peruntukan kewangan tidak menjadi halangan kepada Sarawak dalam membangunkan pendidikan prasekolahnya.

“Saya akan meminta kepada Dato Sri Fatimah Ab- dullah (Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- Kanak) untuk menyediakan cadangan perbelanjaan yang saya jangkakan kira-kira RM20 juta hingga RM30 juta,” katanya.

Berhubung pembangunan prasekolah atau tadika di Sarawak, Abang Johari memberitahu ia adalah amat membimbangkan terutama tadika di luar bandar.

Berbanding tadika swasta di bandar katanya, kanak-kanak mendapat pendidikan yang lebih baik di mana mereka dapat mempelajari pelbagai bahasa.

Beliau berkata, jika perkara itu berlaku terdapat jurang antara orang yang mampu dan berpendapatan rendah kerana mereka yang kaya mampu menghantar anak ke tadika swasta.

Majlis Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak merupakan anjuran Yayasan Sarawak dan kali ini menyaksikan hadiah insentif RM93,000 untuk 19 kategori.

Hadir sama isteri Abang Johari, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan EPerdagangan Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang.

Menyedari perkara itu, saya mahu membuat perubahan kerana prasekolah tidak termasuk dalam kurikulum pendidikan negara. Maka dengan itu, kita mahu menguruskan prasekolah seperti mana yang kita laksanakan dalam

ini. ” pendidikan tinggi di negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

TAHNIAH: Abang Johari menyampaikan anugerah pelajar SPM (Sains) Yayasan Sarawak 2017 kepada pelajar cemerlang, Isaac Chung dari SMK Batu Lintang dan disaksikan (dari kiri) Juma’ani, Azmi, Asfia dan Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.