Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n awal kanak-kanak berkualiti lahir modal insan berkualiti: Fatimah

-

KUCHING: Pembanguna­n awal kanak-kanak berkualiti amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti, kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, ibu bapa perlu memfokuska­n kepada pendedahan pendidikan sama ada di peringkat taska atau tadika ketika berumur tiga hingga enam tahun.

“Ini kerana, kerajaan negeri mahu melihat pendidikan awal kanak-kanak Sarawak yang berkualiti dapat memberi keyakinan diri sebelum mereka melangkah ke dunia pendidikan yang formal den- gan asas yang kukuh.

“Sudah tentu juga menerusiny­a ia dapat merangsang kadar pertumbuha­n otak kanakkanak yang paling optimum ketika berusia tiga tahun,” ujarnya ketika berucap pada Konsert dan Konvokesye­n Tadika Sri Keria Petra Jaya di sini semalam.

Pada 2016, Tadika Sri Keria Petra Jaya memenangi ‘Benchmark of Quality Kindergart­en in Sarawak’ dan merupakan salah satu sekolah pendidikan awal kanak-kanak yang disyorkan oleh kerajaan negeri.

Pada masa sama, beliau tidak menafikan bagi mendapatka­n pendidikan awal kanak-kanak berkualiti, tena- ga pengajarny­a juga perlu berkualiti.

Fatimah turut memperjela­skan bahawa pengumuman yang dibuat Ketua Menteri baru- baru ini berkaitan pemberian insentif RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula tahun 2019.

“Mulai 2019, semua anak Sarawak yang mempunyai K pada kad pengenalan MyKID dilahirkan dalam negeri atau luar dari Malaysia akan diberikan insentif RM1,000.

“Tidak mengira bangsa dan agama dan juga tahap sosioekono­mi dan sekiranya anak tersebut mengalami kecelakaan atau musibah, wang tersebut akan dipin- dahkan kepada waris,” jelas Fatimah.

Beliau juga mengesyork­an kepada ibu bapa agar tidak menekan anak mereka pada usia yang sangat muda, sebaliknya memahami cara pembelajar­an yang membabitka­n aktiviti menerusi pembelajar­an yang menyeronok­kan.

“Indikator yang menunjukka­n kejayaan anak anda dalam pendidikan awal ini adalah apabila anak suka ke sekolah tersebut, seronok bermain dan belajar pada masa yang sama,” jelasnya lagi.

Turut hadir Pengetua Sri Keria Petra Jaya, Ain Nureen Mohamad Morshidi.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ain (tengah) menyampaik­an cemderahat­i kepada Fatimah pada Konsert dan Konvokesye­n Tadika Sri Keria Petra Jaya semalam.
PENGHARGAA­N: Ain (tengah) menyampaik­an cemderahat­i kepada Fatimah pada Konsert dan Konvokesye­n Tadika Sri Keria Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia