Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.5b menerusi NRDA pacu pembanguna­n wilayah utara

-

LIMBANG: Kerajaan negeri memperuntu­kkan sejumlah RM1.5 bilion untuk pelaksanaa­n Lembaga Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) menerusi Belanjawan Sarawak 2019 yang dibentang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memacu pembanguna­n wilayah utara negeri ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, rakyat di Limbang dan Lawas turut menerima tempias daripada belanjawan sama melalui NRDA di bawah Lembaga Pembanguna­n Korior Wilayah (RECODA).

Peruntukan besar itu katanya, akan mengubah landskap pembanguna­n sekali gus membantu Lawas dan Limbang muncul sebagai pusat ekonomi baharu bagi pembanguna­n dan pelaburan di wilayah utara dengan menerokai potensi kedua- dua kawasan tersebut.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersetuju untuk memperuntu­kkan RM1.5 bilion dalam Belanjawan Negeri 2019 bagi pelaksanaa­n projek pembanguna­n NRDA.

“Oleh itu, rakyat perlu terus memberi kerjasama dengan kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak ( GPS) supaya pembanguna­n dapat dilaksanak­an,” katanya pada Pesta Bebuak Meritam di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n Pendidikan dan Pembanguna­n Sosial MDL Safiah Abu Bakar, Ketua Kampung Meritam Mahmud Gampal dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

ADUN Bukit Kota itu berkata, antara projek yang diluluskan untuk dilaksanak­an di bawah NRDA bagi daerah Limbang termasuk projek pembinaan jalan pesisir dari Kampung Ipai ke Kampung Pendam,jalan Bukit Lubuk dari Kampung Gadong menuju ke Kampung Seberang Kedai serta jalan dari Ranggau ke Kuala Limbang.

Sementara itu katanya, projek lain yang akan dilaksanak­an dalam mengubah landskap pembanguna­n Limbang termasuk pembinaan Tebingan Sungai Limbang fasa pertama bernilai RM30 juta dari balai polis ke Kampung Pemukat sejauh 1.5 kilometer.

“Tender untuk projek ini sudah dikeluarka­n dan dijangka siap pada 2020,” ujarnya lagi.

Jelasnya, sejumlah RM4 juta sudah dibelanjak­an untuk menaik taraf prasarana bagi destinasi pelanconga­n Lumpur Bebuak yang popular di daerah ini.

Bagi mengangkat destinasi pelanconga­n itu ke tahap tinggi, sebanyak RM500,000 diluluskan di bawah NRDA 2019 untuk menaik taraf prasarana di kawasan tersebut.

Pesta Bebuak Meritam 2018 yang memasuki edisi ketiga menampilka­n lebih 20 aktiviti termasuk teksi kerbau, tarik tali, ‘flying fox,’ larian, gerai jualan, sukaneka, aktiviti mandi lumpur, Mr Lumpur Bebuak dan aktiviti lain.

Pesta itu bermula semalam hingga hari ini.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Safiah menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman (lima kiri), disaksikan Sufian (dua kiri), Hasbi, Superi dan tetamu lain semalam.
TERIMA KASIH: Safiah menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman (lima kiri), disaksikan Sufian (dua kiri), Hasbi, Superi dan tetamu lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia