Utusan Borneo (Sarawak)

Iswardy tidak puas hati dengan penukaran tarikh mengundi pada saat akhir, buat laporan polis terhadap JPP pusat, negeri

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petra Jaya Iswardy Morni mendakwa wujud unsur sabotaj pada proses pemilihan bagi cabang tersebut semalam.

Iswardy yang tidak berpuas hati dengan hal tersebut menyifatka­n ia mungkin ‘satu permainan’ oleh pihak tertentu yang sedia maklum bahawa kebanyakan pengundi PKR di Petra Jaya menyokong beliau.

“Semua sedia maklum bahawa proses pemilihan adalah pada hari ini ( semalam), namun ditukar saat- saat akhir iaitu pada esok ( 11 November).

“Disebabkan hal ini, berlaku kekeliruan dan pengundi yang datang mengundi hari ini (semalam) berasa kecewa dan enggan untuk kembali mengundi esok ( hari ini). Ini sudah pasti akan mengurangk­an jumlah undi yang menyokong saya,” ujarnya ketika ditemui media di Pusat Pengundian Pemilihan Cabang Petra Jaya di Jalan Haji Taha, semalam.

Iswardy menambah, pihaknya mendapat maklumat mengenai penukaran hari mengundi pada 9 November jam 10.30 malam daripada Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) negeri.

Menurut Iswardy, penukaran tarikh itu tidak sepatutnya berlaku kerana persiapan rapi sudah dibuat dan beliau sendiri beberapa kali telah membuat pengesahan daripada JPP negeri dan pusat selain membuat semakan di portal tarikh mengundi berlangsun­g 10 November.

“Malam tadi ( Jumaat) tiba-tiba saya dapat arahan daripada pegawai JPP negeri yang saya temui, bahawa ada seseorang telah bertemu dengannya dan mengarahka­n tarikh undi untuk pemilihan Cabang Petra Jaya ditukar ke hari Ahad,” katanya.

Beliau bagaimanap­un tidak tahu nama individu yang meminta tarikh undi Cabang Petra Jaya itu ditukar.

“Saya sangat kecewa dengan pertukaran di saat-saat akhir ini. Kita sudah lama memaklumka­n pengundi bahawa tarikh undi pada 10 November seperti mana dalam jadual.

“Jadi, dalam keadaan sebegini bagaimana kita hendak memberi notis kepada pengundi pada jam 10.30 malam (Jumaat) bahawa tarikh bertukar?” katanya.

Susulan hal tersebut, Iswardy semalam membuat

Disebabkan hal ini, berlaku kekeliruan dan pengundi yang datang mengundi hari ini (semalam) berasa kecewa dan enggan untuk kembali mengundi esok (hari ini). Ini sudah pasti akan mengurangk­an jumlah undi yang menyokong saya. Iswardy Morni Calon Ketua Cabang PKR Petra Jaya

laporan polis terhadap JPP pusat dan negeri atas pertukaran hari mengundi pada saat akhir kira-kira jam 2 petang di Balai Polis Simpang Tiga di sini.

Beliau juga berhasrat untuk membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) pada Isnin ini untuk menyia- sat kes berkenaan.

Terdahulu, sebelum jam 9 pagi semalam, pusat pengundian mula dibanjiri para pengundi, bagaimanap­un sekitar jam 9.30 pagi dikhabarka­n bahawa tarikh mengundi ditukar ke hari Ahad.

Keadaan ini menyebabka­n para pengundi yang telah datang awal untuk berba- ris mengundi, pulang dan terdapat segelintir daripada mereka menunggu penjelasan mengenai pertukaran saatsaat akhir itu daripada ahli jawatankua­sa Cabang Petra Jaya.

Difahamkan, terdapat seramai 1,526 jumlah pengundi di Cabang Petra Jaya.

 ??  ?? TAHNIAH: Jemree (tengah) meraikan kemenangan­nya bersama ahli PKR Cabang Kota Samarahan.
TAHNIAH: Jemree (tengah) meraikan kemenangan­nya bersama ahli PKR Cabang Kota Samarahan.
 ??  ?? TAK PUAS HATI: Iswardy ketika ditemui media di Pusat Pengundian Pemilihan Cabang Petra Jaya di Jalan Haji Taha, semalam.
TAK PUAS HATI: Iswardy ketika ditemui media di Pusat Pengundian Pemilihan Cabang Petra Jaya di Jalan Haji Taha, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia