Utusan Borneo (Sarawak)

Pertukaran hari mengundi saat akhir, Iswardy mahu siasatan polis dijalankan

-

KUCHING: Calon Ketua Cabang PKR Petra Jaya Iswardy Morni mahu siasatan polis dibuat berhubung pemilihan PKR Petra Jaya yang sepatutnya berlangsun­g semalam tetapi ditukar saat akhir pada hari ini.

Iswardy mendakwa terdapat campur tangan dari pihak atasan mengenai pertukaran tarikh pemilihan saat akhir itu yang amat mengecewak­an, khasnya kepada pengundi yang telah tiba seawal jam 9 pagi tetapi ditukar ke hari ini.

“Kami amat kecewa dan saya memohon supaya polis membuat siasatan kerana ada campur tangan dari pihak atasan mengenai pertukaran tarikh pada hari ini dan penyalahgu­naan kuasa.

“Selain daripada laporan polis ini, saya akan ke Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk membuat laporan SPRM,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga di di sini, semalam.

Tambahnya selain beliau, terdapat dua lagi laporan polis dibuat di balai yang sama oleh dua pengundi yang telah tiba di hari pengundian tetapi tidak dimaklumka­n pertukaran tarikh.

Terdahulu pagi semalam, pemilihan PKR Cabang Petra Jaya disahkan akan berlangsun­g pada hari ini, iaitu 11 November di Dewan Seri Liny di Jalan Haji Taha di sini.

Bagaimanap­unkataIswa­rdy, mereka dimaklumka­n pada saat akhir mengenai pertukaran tarikh berkenaan yang sepatutnya berlangsun­g pada semalam.

Jelasnya, beliau sehingga jam 9 malam kelmarin, melalui semakan di laman sesawang rasmi parti masih mengesahka­n bahawa cabang Petra Jaya sepatutnya mengadakan pemilihan pada 10 November.

“Jam 10 malam saya menyemak sekali lagi dan ia telah ditukar kepada esok (11 November) dan notis ini kurang daripada 24 jam,” katanya sambil menambah ia terlalu singkat untuk mengubah tempat pemilihan.

Ekoran itu Iswardy membuat laporan polis terhadap Jawatankua­sa Pilihanray­a Pusat (JPP) pusat dan negeri terhadap pertukran hari mengundi berkenaan.

Iswardy yang akan menentang penyandang Ketua Cabang Petra Jaya, Baharuddin Mokhsen berkata, Petra Jaya dianggarka­n mempunyai lebih kurang 1,500 pengundi.

Beliau berkata, kawasan Petra Jaya mempunyai dua kem penyokong iaitu kem calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli dan kem calon Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kawasan ini mempunyai dua kem iaitu Azmin dan Rafizi. Kami adalah dari kem calon Rafizi,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia