Utusan Borneo (Sarawak)

2,500 ahli layak mengundi pada Pemilihan PKR Cabang Sibu hari ini

-

SIBU: Kira-kira 2,500 ahli layak untuk mengundi pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibu hari ini.

Calon Ketua PKR Cabang Sibu Abdul Raafidin Majidi berkata, beliau menyasarka­n seramai 500 hingga 1,000 ahli PKR yang berdaftar akan turun mengundi.

“Semua kelengkapa­n untuk mengundi telah kita siapkan. Kita berharap proses pengundian esok hari (hari ini) akan berjalan dengan lancar.

“Oleh itu, saya menyeru semua ahli cabang Sibu supaya turun mengundi untuk memilih siapakah calon pilihan mereka,” katanya.

Proses pengundian akan dijalankan di Pejabat PKR Sibu di Kampung Datu, berhadapan dengan Hotel Paramount, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Raafidin selaku Calon 2 akan berhadapan dengan Calon 1 iaitu Abang Ismail Abang Chek.

 ??  ?? TINJAU PEMILIHAN: Baru (empat kiri) bersama Dr Lau (tiga kiri), Masanal@Nasir dan ahli PKR Cabang Limbang.
TINJAU PEMILIHAN: Baru (empat kiri) bersama Dr Lau (tiga kiri), Masanal@Nasir dan ahli PKR Cabang Limbang.
 ??  ?? ABDUL RAAFIDIN
ABDUL RAAFIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia