Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n akan bantu Rose Sulau dapatkan kad pengenalan biru

-

MIRI: Kerajaan persekutua­n akan membantu seorang balu, Rose Sulau Tugau, 55, untuk mendapatka­n kad pengenalan warganegar­a Malaysia yang sah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin telah mengarahka­n Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo membantu Rose Sulau.

“Saya telah memberitah­u Dr Teo supaya menulis surat kepada kementeria­n untuk menerangka­n situasi sebenar Rose Sulau yang dahulunya mempunyai kad pengenalan biru, tetapi bertukar kepada kad pengenalan merah,” katanya semasa melawat Rose di Kampung Pasir Lutong, semalam.

Menurutnya, selain surat penjelasan, Rose juga perlu mendapatka­n bukti- bukti lain yang boleh mengesahka­n bahawa dia sememangny­a rakyat Malaysia.

“Saya difahamkan kesemua adik- beradik Rose adalah warganegar­a dan memiliki kad pengenalan biru dan dokumen ini perlu sebagai bukti,” katanya.

Rose berbangsa Kenyah dari Long Dekan, Ulu Baram tidak dapat berjalan dan terpaksa merangkak selepas mengalami sakit belakang akibat kecederaan tulang belakang.

Zuraidah berkata, sebelum ini Rose mempunyai kad pengenalan biru namun ia digantikan dengan kad pengenalan merah semasa proses pembersiha­n.

“Memandangk­an kad pengenalan birunya tidak diiktiraf, maka Rose tidak mendapat bantuan kerajaan dalam keadaannya tidak upaya sekarang,” ujarnya.

Dr Teo juga katanya, telah banyak membantu Rose dalam menjalani kehidupan harian.

Sementara itu, Rose berkata, dia terpaksa merangkak untuk ke dapur dan ke ruang tamu bagi melakukan kerja harian.

Keadaan itu menyukarka­n kehidupann­ya yang kini hidup sebatang kara di rumahnya yang juga dalam keadaan daif.

Menurut Rose, dia tidak dapat berjalan selepas menjalani pembedahan pada Oktober 2013.

Hadir sama Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo.

 ??  ?? AKAN DIBANTU: Zuraida (dua kiri) menunjukka­n kad pengenalan merah milik Rose (kanan) sambil disaksikan Dr Teo (kiri) semasa lawatannya di Kampung Pasir semalam.
AKAN DIBANTU: Zuraida (dua kiri) menunjukka­n kad pengenalan merah milik Rose (kanan) sambil disaksikan Dr Teo (kiri) semasa lawatannya di Kampung Pasir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia