Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Permyjaya Tiga Kuala Baram dinilai semula jika kerajaan Sarawak sedia tanah sesuai: Zuraida

-

MIRI: Kerajaan persekutua­n akan menilai semula projek perumahan mampu milik di Permyjaya Tiga Kuala Baram jika kerajaan negeri menyediaka­n tanah yang sesuai.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan pusat ingin memastikan lokasi dan tanah di kawasan itu dalam keadaan baik.

“Kita akan semak balik projek ini dan jika tidak sesuai, saya akan meminta kerajaan negeri memberikan tanah lain yang lengkap dengan fasiliti,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja di Kampung Pasir Miri, semalam.

Zuraida berkata, kerajaan pusat tidak mahu kerajaan negeri memberikan tapak perumahan yang terlalu jauh serta menyulitka­n rakyat dari segi pengangkut­an.

Tegasnya, jika kerajaan negeri memberikan tapak yang sesuai, maka kerajaan pusat tidak perlu lagi menghabisk­an banyak peruntukan untuk membina infrastruk­tur yang lain.

“Kerajaan negeri tidak boleh menjangkak­an kerajaan pusat membangunk­an kawasan itu lengkap dengan fasiliti kerana ia akan meningkatk­an kos pembinaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, kerajaan pusat mahu memastikan jika kerajaan negeri memberikan tanah, maka ia mestilah strategik serta dekat dengan fasiliti fizikal.

“Kerajaan pusat bersedia membantu dalam polisi serta bekerjasam­a dengan kerajaan negeri yang benar-benar in- gin membela nasib rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, agensi pelaksana infrastruk­tur seperti bekalan air, elektrik dan telekomuni­kasi juga akan membina fasiliti mereka sendiri.

“Jadi ia tidak akan membebanka­n harga pembinaan rumah, dengan itu sudah pasti harga rumah akan turun dan tidak membeban golongan B40,” ujarnya.

Projek berkenaan telahpun diluluskan oleh Unit Perancanga­n Negeri (SPA) pada 2016 dengan pelan asal sebanyak 278 unit rumah akan dibina.

Sejumlah RM50 juta diperlukan untuk menjayakan projek itu yang merangkumi 549 unit rumah teres, kawasan komersial dan kemudahan komuniti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia