Utusan Borneo (Sarawak)

SeDidik atur strategi pertingkat kualiti seiring keperluan semasa, masa depan

-

SIBU: SeDidik telah mengatur hala tuju dan strategi untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an seiring dengan keperluan semasa dan masa depan.

Pengurus Kanan Sektor Operasi dan Kurikulum SeDidik Lily Ganam berkata, meningkatk­an kualiti pengajaran dan pembelajar­an antara fokus utamanya.

“Ini dilakukan dengan warga pendidik tadika SeDidik sekurang-kurangnya memiliki diploma dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak bagi memastikan mereka bersedia untuk berkhidmat sebagai guru tadika.

“Manakala, kita telah menghantar pengasuh di taska untuk mengikuti kursus asuhan dan didikan awal kanak- kanak oleh Jabatan Kebajikan dan Masyarakat (JKM),” jelasnya.

Berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil dan Hadiah SeDidik Zon Sibu 2018 semalam, Lily berkata, SeDidik juga meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris di kalangan warga pendidik dan pengasuh.

“Usaha ini dilakukan dengan kerjasama kolej dan universiti tempatan untuk memberi kursus komunikasi asas.

“Sementara itu, Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak di bawah Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah turut melaksanak­an modul ‘English Fun Learning.’

“Modul ini dilakukan supaya guru-guru tadika dapat mengadakan aktiviti dalam bahasa Inggeris dengan seronok bersama anak-anak,” ujarnya.

Bagaimanap­un, Lily menegaskan aspek penguasaan bahasa Melayu tidak diabaikan dalam usaha tersebut kerana ia keperluan asas kokurikulu­m sekolah.

“Yang terbaharu pelaksanaa­n modul STEM (Sains, Teknologi, Matematik dan Kejurutera­an) telah dimulakan dengan kursus pada januari tahun ini.

“Selain itu, SeDidik juga melakukan ‘Kinder Gardening’ di buah pusat prasekolah SeDidik di seluruh Sarawak untuk mengajar anak-anak berbudi kepada tanah.

“Projek ini dimulakan dengan menyemai tanaman, menuaikan hasil dan menjualnya kepada ibu bapa. Di Sibu, kita akan mulakan projek pada tahun depan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Lily memberitah­u, SeDidik akan memulakan kelas asas ‘Kinder Gym’ di tadika SeDidik di Jalan Kaka, Sibu untuk memberi aktiviti kecergasan kepada kanak-kanak.

“Dalam memastikan perkhidmat­an tadika dan pusat asuhan SeDidik diuruskan dengan baik, pihak ibu pejabat SeDidik dan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) akan membuat pemeriksaa­n audit.

“Ini bertujuan untuk memastikan perkhidmat­an yang diberi adalah berkualiti. Begitu juga input dan maklum balas ibu bapa juga dialu-alukan dengan memaklumka­n kepada kami,” jelasnya.

Dalam ucapannya, Lily berterima kasih kepada agensi kerajaan, pihak swasta, ketua masyarakat, pengerusi kelab di tadika dan pusat asuhan SeDidik dan ibu bapa atas kerjasama dan sokongan mereka menjayakan aktiviti SeDidik.

“Diharapkan, ikatan kerjasama akan terus pada masa untuk memastikan kecemerlan­gan anak- kanak,” ujarnya.

Majlis penyampaia­n sijil disempurna­kan oleh Ahli Lembaga Pengarah SeDidik Dr Shahri Abdul Rahman. Hadir sama Pengurus Operasi SeDidik Zon Sibu, Rosnah Bit.

Seramai 69 kanak-kanak tadika SeDidik diraikan pada konvokesye­n tersebut melibatkan sebanyak 10 tadika SeDidik bagi Zon Sibu.

Tadika yang terlibat ialah SeDidik Mutiara ( SM) Bougenvill­a, SM Kapit, SM Sarikei NKRA, SM Saratok, SM Datu Hilir, SM Sibu Jaya, SM Julau, SM Daro, SM Perdana Kaka dan SM Tanjung Manis.

Majlis dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n nyanyian, tarian oleh para murid, ibu bapa dan warga guru tadika SeDidik Zon Sibu.

 ??  ?? TAMAT PRASEKOLAH: Shahri (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang kanak-kanak tadika SeDidik Zon Sibu sambil diperhatik­an Lily (dua kiri).
TAMAT PRASEKOLAH: Shahri (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang kanak-kanak tadika SeDidik Zon Sibu sambil diperhatik­an Lily (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia