Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RM81.7 juta tangani sekolah daif bukti komitmen kerajaan Sarawak

-

KUCHING: Peruntukan RM81.7 juta untuk menangani sekolah daif di negeri ini dalam pembentang­an Belanjawan Sarawak 2019 membuktika­n komitmen kerajaan negeri kepada pendidikan.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, kesatuan amat menghargai inisiatif itu bagi menangani masalah sekolah daif.

“Dengan peruntukan ini, membuktika­n bahawa kerajaan negeri rela serta berkorban menggunaka­n dana simpanan negeri demi memastikan masalah sekolah daif dapat ditangani serta diselesaik­an dengan cara yang terbaik.

“Justeru, dengan komitmen yang tinggi daripada kerajaan negeri ini, KGBS turut mengharapk­an agar dengan peruntukan RM100 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 kerajaan persekutua­n baru-baru ini, Sarawak mendapat agihan jumlah besar.

“Ini memandangk­an jumlah sekolah daif masih banyak terdapat di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Ahmad berkata, KGBS juga mengharapk­an agar kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dapat menimbangk­an gesaan KGBS demi membuktika­n bahawa pendidikan adalah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n.

Di samping itu katanya, kesatuan melihat penggemble­ngan kedua-dua peruntukan bajet dari kerajaan negeri dan persekutua­n itu sebagai kolaborati­f yang mantap untuk menangani masalah sekolah daif di Sarawak.

“KGBS amat mengalualu­kan persefaham­an serta kolaborati­f seperti ini demi meningkatk­an prasarana dan prestasi pendidik yang seimbang tanpa mengira lokaliti sesebuah sekolah.

“Ia seperti yang dihasratka­n oleh KPM di samping dapat dimanfaat secara terbaik oleh kumpulan sasarannya,” katanya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n kerajaan negeri telah mencadangk­an peruntukan sejumlah RM81.7 juta untuk membina semula, membaik pulih dan menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sarawak termasuk menyediaka­n kemudahan bekalan air dan elektrik.

Menurutnya, Sarawak perlu melangkah ke arah memudahkan pembanguna­n sekolah-sekolah di Sarawak dengan menggunaka­n dana negeri dan akan terus melakukann­ya tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa membentang­kan Belanjawan 2019 Sarawak pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Ke- 18 pada hari pertama persidanga­n, Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia