Utusan Borneo (Sarawak)

SAYS bakal jadi tumpuan baharu golongan belia Sibu

-

SIBU: Taman pelbagai guna pertama di negeri ini iaitu ‘Sibu Active Youth Space’ (SAYS) di Dataran Bandar Sibu Fasa II bakal menjadi tumpuan baharu golongan belia di sini lebih-lebih lagi terdapat perkhidmat­an wi-fi yang akan disediakan secara percuma.

Pembinaann­ya direalisas­ikan tidak lama lagi apabila kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, peruntukan itu digunakan sepenuhnya untuk pembinaan taman papan luncur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, SAYS seluas 15 meter dan 100 meter panjang adalah ruang khusus untuk remaja dilengkapi pelbagai fasiliti menghubung­kan masyarakat dengan belia serta mempromosi­kan gaya hidup sihat.

Dana diperuntuk­kan secara berperingk­at untuk kemudahan lain di taman itu seperti BMX dan taman kasut roda, taman parkour, kemudahan gimnastik, wall climbing, teater terbuka dan ruang tertutup untuk aktiviti e-sukan.

“Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) menjadi agensi pelaksana projek ini dan kami berterima kasih kepada mereka atas kelulusan membolehka­n kemudahan itu dibina di sini.

“Kami memastikan kemudahan itu dapat dimanfaatk­an sepenuhnya dan menjadi daya tarikan untuk belia,” katanya pada simbolik penyerahan kelulusan peruntukan RM2.5 juta daripada kerajaan negeri untuk projek tersebut kepada MPS diwakili Timba- lan Pengerusi MPS Rogayah Jamain di sini, semalam.

Ditanya mengenai projek itu dijangka mula, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam berkata, pihak perunding perlu dilantik terlebih dahulu.

“Sebaik sahaja kita selesai dengan proses tersebut ia diikuti proses tender sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan,” katanya.

 ??  ?? GEMBIRA: Dr Annuar (tiga kanan) melakukan simbolik penyerahan kelulusan peruntukan kerajaan negeri untuk projek SAYS kepada MPS diwakili oleh Rogayah di Sibu semalam.
GEMBIRA: Dr Annuar (tiga kanan) melakukan simbolik penyerahan kelulusan peruntukan kerajaan negeri untuk projek SAYS kepada MPS diwakili oleh Rogayah di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia