Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai pengisian pada Minggu Bahasa di PPKS dan i-CATS Miri

-

MIRI: Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak ( i- CATS) ambil langkah memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan penganjura­n Minggu Bahasa di sini, baru-baru ini.

Penyelaras Program Noraini Sahaini berkata, program anjuran Unit Mata Pelajaran Umum (MPU) itu mendapat sokongan menggalakk­an daripada para pelajar dan kakitangan kolej.

“Melalui program yang dijalankan akan dapat meningkatk­an kecintaan rakyat Malaysia terhadap bahasa, sastera dan budaya Melayu.

“Secara tidak langsung juga, dalam program-program dianjurkan, kita boleh mencungkil bakat terpendam pelajar dan kakitangan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata, ini merupakan julung kalinya kolej tersebut mengadakan Minggu Bahasa bertepatan dengan saranan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Atas sambutan menggalakk­an, kami merancang untuk menjadikan­nya aktiviti tahunan melihat kepada betapa pentingnya menerapkan budaya cinta terhadap bahasa Melayu kepada para pelajar.

“Diharap pada tahun depan, kita akan mempelbaga­ikan lagi aktiviti-aktiviti dalam Minggu Bahasa ini,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah pertanding­an menulis sajak, nyanyian lagu melayu, silang kata dan bengkel ‘decoupage.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia