Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa diseru bantu guru tingkat prestasi anak

-

SIBU: Ibu bapa diseru memainkan peranan meningkatk­an prestasi anak-anak dengan membantu guru dalam mengajar anak-anak di rumah.

Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen berkata, walaupun guru merupakan mereka yang amat dekat dengan pendidikan anak-anak semasa di tabika, ini tidak bermakna ibu bapa tiada peranan dalam soal pendidik anak-anak.

“Saya selaku Pegawai Perpaduan Bahagian menyeru agar ibu bapa membantu meningkatk­an prestasi anakanak dan membantu guru dalam mengajar anak-anak di rumah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Tabika Perpaduan Bahagian Sibu 2018 di Dewan Suarah di sini, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sibu, Khairunnis­a Sabawi yang mewakili Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Seramai 122 kanak-kanak berusia enam tahun menerima sijil pada majlis itu.

Siti Nurfatimah turut menyeru guru-guru Tabika Perpaduan agar lebih proaktif, aktif dan kreatif, selain meningkatk­an azam dan tekad untuk berusaha mewujudkan suasana serta proses pembelajar­an yang lebih berkesan.

Selaras dengan objektif memberi bimbingan awal dan menggalakk­an perkembang­an dari segi emosi, fizikal dan rohani kanak-kanak katanya, Tabika Perpaduan dibimbing oleh guru-guru yang terlatih dan berkemahir­an.

“Menerusi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia, pendidikan prasekolah dilaksanak­an pada anjakan pertama menerusi peningkata­n prasekolah dan enrolmen.

“Oleh itu untuk makluman, semua guru Tabika Perpaduan berpeluang untuk melanjutka­n pengajian di tahap minimum iaitu diploma dalam pendidikan awal prasekolah bagi merealisas­ikan pelan tersebut,” jelasnya.

Beliau juga berterima kasih kepada ibu bapa yang tidak putus- putus memberikan sokongan kepada Tabika Perpaduan selama ini.

Sementara itu, Khairunnis­a dalam ucapannya berkata, majlis graduasi sedemikian bertujuan memberi motivasi, perangsang dan ingatan agar kanak- kanak dapat meningkatk­an kesediaan diri dari aspek psikologi di samping kesediaan intelek untuk menimba ilmu dan mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

“Jika sebelum ini, mungkin ada di antara anak-anak ini yang bersifat introvert dan kurang keyakinan diri, kini setelah tiga tahun berlalu, kita dapat melihat perubahan sikap yang amat ketara dan positif,” ujarnya.

Terdapat 14 Tabika Perpaduan di bahagian ini di mana 13 di daerah Sibu dan satu di daerah Kanowit.

 ??  ?? TAHNIAH: Khairunnis­a (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada seorang kanak-kanak Tabika Perpaduan sambil diperhatik­an oleh Siti Nurfatimah (kanan) serta yang lain.
TAHNIAH: Khairunnis­a (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada seorang kanak-kanak Tabika Perpaduan sambil diperhatik­an oleh Siti Nurfatimah (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia