Utusan Borneo (Sarawak)

Bekerjasam­a pastikan anak dapat pendidikan terbaik

-

SARATOK: Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak Langi Liban menyeru ibu bapa agar berganding bahu dengan guru untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik.

Menurutnya, guru berperanan mendidik di sekolah, maka ibu bapa harus menggalas tugas mendidik anakanak mereka di luar waktu persekolah­an.

“Ibu bapa tidak seharusnya menyerahka­n tanggungja­wab mendidik anak-anak mereka kepada guru semata-mata, sebaliknya perlu bekerjasam­a rapat dengan pihak sekolah dan guru dalam memastikan pendidikan anak-anak kita terjamin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan- gan Tabika dan Taska KEMAS Zon Saratok di Dewan Masyarakat Saratok di sini pagi semalam.

Langi berkata, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang perkembang­an pelajaran anak-anak mereka dengan berkunjung ke tabika atau taska.

“Pendidikan adalah kunci untuk mereka menempa kejayaan suatu hari nanti. Jangan serahkan tanggungja­wab mendidik mereka kepada pihak guru semata-mata,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai KEMAS Daerah Saratok Muhammad Iqbal Abdullah, kakitangan KEMAS Daerah Saratok serta ibu bapa.

Seramai 250 kanak kanak Tabika dan Taska KEMAS di Daerah Saratok menerima sijil dan hadiah pada majlis berkenaan.

 ??  ?? SIAP SEDIA: Simoi (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat terakhir Pesta Lingga, Sarawak di pejabatnya semalam.
SIAP SEDIA: Simoi (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat terakhir Pesta Lingga, Sarawak di pejabatnya semalam.
 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Langi (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang kanak-kanak tabika sambil diperhatik­an oleh Iqbal (empat kanan) serta yang lain.
TERUSKAN USAHA: Langi (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang kanak-kanak tabika sambil diperhatik­an oleh Iqbal (empat kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia