Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Abdul Rahman cadang 2019 dijadikan tahun pendidikan DUN Pantai Damai

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mencadangk­an agar 2019 dijadikan sebagai tahun pendidikan untuk Dewan Undangan Negeri ( DUN) N.4 Pantai Damai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, usaha itu adalah bertujuan untuk memastikan bidang pendidikan terus diperkasa terutama dalam konstituen­sinya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk pengurusan sekolah, ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama menjayakan usaha tersebut.

“Usaha ini penting bagi membolehka­n lebih ramai golongan muda berkualiti yang mewarisi kepimpinan dapat dilahirkan.

“Justeru, saya cadangkan tahun depan kita jadikan sebagai tahun pendidikan DUN N.4 Pantai Damai. Kita mahu semua lebih fokus dan tumpukan kepada pendidikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Karnival Sukan dan Permainan Pasca Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman menambah, satu simposium pendidikan turut dicadangka­n tahun depan dengan menggabung­kan lima sekolah menengah dan 13 sekolah rendah di Pantai Damai.

Mengulas mengenai Karnival Sukan dan Permainan Pasca UPSR 2018 ujarnya, ia merupakan sejarah kerana pertama kali sesuatu karnival dianjurkan dengan gabungan tiga sekolah.

“Karnival ini dapat mengerat silaturahi­m antara pelajar terutama bagi mereka yang bakal meninggal sekolah rendah untuk memasuki tingkatan satu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia