Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah teknikal dikesan pada sistem kaunter secara talian e-undi yang diguna semasa pengundian

- Oleh Kepu Sidi

JULAU: Pengumuman keputusan pemilihan PKR Cabang Julau di Pusat Pengundian Kompleks Sukan di sini terpaksa ditangguhk­an petang semalam berikutan terdapat masalah pada tablet e-undi yang digunakan.

Ketua Pengawas Pemilihan Cabang Julau Mohd Azahari Daud berkata, pihaknya mendapati ada masalah teknikal pada sistem kaunter secara talian e- undi yang diguna pakai semasa proses pengundian.

“Terdapat perisian yang dipercayai boleh memadam aplikasi e- undi dalam tablet tersebut yang membolehka­n pihak tertentu mengawal setiap keputusan dengan menggunaka­n komputer dari jarak jauh.

“Justeru, pihak JPP telah menggantun­g keputusan bagi Cabang Julau sehingga pemilihan ini siap diproses. Keputusan akan kita maklumkan dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, kira- kira 3,000 orang yang terdiri daripada ahli- ahli PKR dari Parlimen Julau menunaikan tanggungja­wab dalam Pengundian Calon Majlis Pimpinan Pusat dan Cabang PKR, semalam.

Proses pengundian di pusat terbabit bermula pada jam 9 pagi dan sebanyak 50 kaunter secara talian e- undi telah dibuka.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien berkata, seawal jam 8 pagi, sekitar 500 ahli PKR telah pun hadir di pusat tersebut.

“Walaupun hujan sejak awal pagi, namun ia tidak mematahkan semangat ahliahli PKR yang datang dari segenap pelosok Parlimen Julau ini untuk menunaikan tanggungja­wab mereka.

“Kita berharap proses pengundian yang berlangsun­g selama dua hari ini yang membabitka­n 30 cabang PKR di Sarawak dapat berjalan dengan lancar dan adil,” katanya.

Proses pengundian di Julau menarik perhatian umum setelah tercetus kontrovers­i berikutan peningkata­n secara mendadak jumlah keahlianny­a iaitu dari 603 orang kepada 13,000 ahli dalam tempoh satu hari pada 27 Jun lalu.

Namun pada mesyuarat Biro Politik PKR beberapa hari lepas, keputusan bahawa pertambaha­n ahli tersebut disahkan sahih dan mengikut peraturan.

Sementara itu, Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Rafizi Ramli melahirkan rasa tidak puas hati dengan kelancaran proses pengundian di pusat Kompleks Sukan Julau.

Katanya, kekurangan mesin pencetak kod QR yang diguna pakai di pusat pengundian di situ tidak mencukupi dan menyebabka­n kelewatan proses.

“Pihak Jawatankua­sa Pemilihan Pusat ( JPP) perlu sedar terhadap perkara ini dan pihak kita telah pun memaklumka­n perkara tersebut kepada mereka ( JPP).

“Kita telah maklumkan kepada pihak JPP bahawa di Julau ini para pengundi datang dari jauh dan mereka mengharapk­an proses ini dapat berjalan dengan lancar.

“Isu ini adalah satu kelemahan yang tidak adil kepada pengundi- pengundi yang datang dari jauh dan kita berharap situasi seumapama ini tidak akan berulang lagi,” katanya ketika ditemui media.

Pada masa sama, Rafizi turut mengulas bahawa persaingan dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR begitu sengit sekali pada kali ini.

“Namun bagi kita, perjuangan ini adalah satu platform bagi kita terus berjuang menegakkan keadilan dan kita sudah biasa dengan suasana seperti ini.

“Kalah dan menang itu adalah adat pertanding­an dan perkara yang paling penting ialah kita perlu bersatu, berdiri teguh dan memberikan sokongan yang padu kepada Datuk Seri Anwar,” tegasnya.

Dalam perkembang­an sama, sedikit kekecohan ber- laku semalam apabila calon Timbalan Ketua Cabang PKR Julau Andy Wong Hong Yu telah dihalang oleh petugas keselamata­n untuk memasuki dewan.

Namun demikian, insiden yang berlaku pada jam 11.50 pagi tersebut dapat ditangani oleh pihak polis.

Andy, 60, yang turut ditemui media berkata, beliau begitu kecewa dengan tindakan petugas keselamata­n dari Semenanjun­g yang bersikap tidak profesiona­l dalam menjalanka­n tugas.

“Saya adalah seorang ahli PKR yang sah, mengapa mereka bertindak sedemikian terhadap saya, sedangkan saya tidak melakukan apa- apa kesalahan.

“Saya datang ke pusat ini hanya untuk menjalanka­n tanggungja­wab dan juga sebagai seorang calon Timbalan Ketua Cabang PKR Julau,” ujarnya.

 ??  ?? SESAK: Kompleks Sukan Julau dipenuhi oleh para pengundi PKR yang menjalanka­n tanggungja­wab mengundi untuk Cabang Julau, semalam.
SESAK: Kompleks Sukan Julau dipenuhi oleh para pengundi PKR yang menjalanka­n tanggungja­wab mengundi untuk Cabang Julau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia