Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PKR diseru bersatu semula selepas pemilihan

-

MUKAH: Semua ahli Parti Keadilan Rakyat ( PKR) diseru bersatu semula selepas tamat pemilihan Majlis Pimpinan Pusat ( MPP).

Timbalan Ketua PKR Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang berkata ia merupakan pemilihan dijalankan dalam satu keluarga.

“Kita harus bersatu semula kerana proses pemilihan kini telah selesai,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, apa paling dibanggaka­n adalah kerjasama diberikan semua pihak termasuk ahli- ahli PKR dan anggota keselamata­n yang bertugas menjaga keamanan di tempat pengundian.

“Kita dapat lihat kerjasama diberikan dengan proses pengundian berjalan lancar sehingga tamat pengundian,” katanya.

Jalil turut berpesan supaya semua ahli memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan yang terpilih.

Mukah mempunyai 981 ahli dan seramai 40 peratus daripadany­a dianggarka­n keluar mengundi iaitu 392 ahli.

Bagaimanap­un, sehingga tamat tempoh pengundian cabang Mukah mencatatka­n 94 orang turun mengundi iaitu mewakili 9.71 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia