Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas menyumbang kepada komuniti melalui program kesedaran, pendidikan alam sekitar

-

BINTULU: Petronas terus menyumbang dan memberi balik kepada komuniti terutama generasi muda melalui penganjura­n program kesedaran dan pendidikan berkaitan alam sekitar setiap tahun.

Pengurus Besar Jabatan Produksi Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Oil Asset) Aset Malaysia, Bolhi Maskawi berkata melalui program itu memberi manfaat dan pengetahua­n kepada generasi muda menyebarka­n pengetahua­n diperolehi.

Beliau menyeru generasi muda melakukan perubahan dalam usaha menjaga alam sekitar serta kepentinga­n pengurusan alam sekitar memupuk tabiat lebih bertanggun­gjawab serta peka perubahan serta ancaman alam sekitar.

“Meskipun program julung kali diadakan ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) sekolah-sekolah di Bintulu namun sebelum ini program lain juga diadakan seperti ECO Camp beberapa sekolah di Sarawak dan ‘PALS Club School Adoption’ sekolah di sekitar Miri,” katanya pada Program ‘Back to Nature’ anjuran Petronas Carigali dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak di sini semalam.

Jelasnya, tahun ini aktiviti bersama NREB sekolah PALS di Bintulu mengambil kira operasi utama di Miri termasuk di perairan Bintulu merangkumi operasi Temana dan D35.

Katanya, program itu melibatkan murid-murid tahun empat dan enam merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong 2, SK Sungai Kem Batu 18, SK Kampung Jepak, SK Kampung Baru, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sebiew Chinese, SK Tatau dan SK Sebauh dan aktiviti berlandask­an konsep ‘explorace’.

“Soalan- soalan setiap ‘checkpoint’ dikenal pasti berkisar pengurusan alam sekitar, kemandiria­n ekosistem dan pengetahua­n am operasi Petronas dan NREB,” jelasnya.

Program itu disertai 70 murid-murid dari tujuh buah sekolah rendah sekitar Bintulu, Sebauh dan Tatau.

Hadir sama Pegawai Kawalan Alam Sekitar NREB Bintulu, Sinanawati Marto serta pengurusan Petronas Carigali Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia