Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Sentosa Kuching rai ulang tahun ke-60

-

KUCHING: Hospital Sentosa Kuching yang sudah berusia 60 tahun akan sentiasa menyediaka­n perkhidmat­an psikiatri yang terbaik untuk rakyat Sarawak walaupun infrastruk­turnya uzur.

Timbalan Pengarah (Perubatan) dan Pakar Perunding Psikiatri merangkap Pemangku Pengarah Hospital, Hospital Sentosa Kuching, Dr Rosliwati Md Yusoff, berkata walaupun demikian, ia tetap indah di mata warga hospital selain sentiasa siap siaga dalam menempuh cabaran dan halangan di hospital tersebut.

“Kalau ikut umur penjawat awam, maksudnya sudah mencapai umur persaraan namun Hospital Sentosa Kuching tidak pernah kenal erti persaraan.

“Ianya tetap bersedia memberi perkhidmat­an psikiatri yang terbaik di Sarawak tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina atau status ekonomi. Semuanya dialu-alu untuk menerima perkhidma- tan psikiatri.

“Keprihatin­an terhadap pesakit atau klien serta sikap bertanggun­gjawab dan sentiasa bekerjasam­a seperti adikberadi­k adalah prinsip warga Hospital Sentosa,” katanya.

Dr Rosliwati yang juga Pengerusi Sambutan 60 Tahun Hospital Sentosa Kuch- ing berkata demikian dalam ucapan alu- aluannya pada Hari Terbuka Hospital Sentosa Kuching sempena ulang tahun ke-60 sejak penubuhann­ya semalam.

Hari terbuka itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuching Dri Kelvin Yii yang mewakili Timbalan Menteri Perdagan- gan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Dr Rosliwati juga memberitah­u, ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital Sentoasa juga banyak membantu dan memberi inspirasi kepada pesakit atau klien secara langsung dan warga hospital secara tidak langsung.

“Kita juga berjaya menyediaka­n ‘Buku Nostalgia 60 Tahun Hospital Sentosa’ yang memaparkan unit-unit yang ada di Hospital Sentosa, fungsi unit dan aktiviti yang dijalankan,” ujarnya.

Tema yang dipilih oleh Jawatankua­sa 60 Tahun Hospital Sentosa adalah ‘Sayangi Sentosaku’.

Sejarah Hospital Sentosa bermula apabila Unit Psikiatri mula beroperasi di Hospital Umum Kuching pada 1948.

Ia adalah satu- satunya hospital yang wujud pada waktu itu.

Pada 1953, perancanga­n untuk membina sebuah hospital mental yang mempunyai 338 katil telah dipersetuj­ui namun pembinaan hanya bermula pada 1957 di atas tanah dengan keluasan 46.98 ekar di Batu 7, Jalan Penrissen, di sini.

Anggaran kos pembinaan ketika itu adalah sekitar RM2.5 juta yang mana RM1.5 juta dibiayai Kerajaan British.

Para pesakit kemudianny­a dipindahka­n dari blok lama Hospital Umum Sarawak ke hospital ini pada 22 Mei 1958 dan pembukaann­ya diisytihar­kan secara rasmi oleh Sir Anthony Abell pada 6 Jun 1958.

Nama asal hospital ini ialah Hospital Mental Sarawak tetapi kemudian ditukar nama kepada Hospital Sentosa pada 1 Ogos 1998 yang telah dipilih dan diumumkan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Allahyarha­m Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce Mohd Noor.

Turut sama memeriahka­n lagi sambutan semalam Pengerusi Yayasan Kesihatan Mental Cabang Sarawak, Dr Ismail Drahman, Pengarah Pusat Jantung Sarawak, Dr Asri Rifin, dan Mejar Yunos Yusof yang mewakili Briged Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin selaku Panglima Briged Ketiga Infantri.

 ?? — Gambar Penerangan ?? SEDIA BERKHIDMAT: Dr Rosliwati menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Kelvin yang merasmikan Hari Terbuka Hospital Sentosa Kuching semalam.
— Gambar Penerangan SEDIA BERKHIDMAT: Dr Rosliwati menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Kelvin yang merasmikan Hari Terbuka Hospital Sentosa Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia