Utusan Borneo (Sarawak)

63,750 saman AWAS dikeluarka­n JPJ dari 1 Sept hingga 7 Nov lepas

-

MELAKA: Sebanyak 63,750 saman dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) menerusi 45 kamera Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) dalam tempoh 1 Sept hingga Rabu lepas (7 Nov).

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamaruddin Jaafar berkata daripada jumlah itu sebanyak 59,340 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan 4,410 saman kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Beliau berkata kenderaan jenis motokar merekodkan jumlah saman tertinggi atas kedua-dua kesalahan berkenaan iaitu sebanyak 56,532 saman diikuti motosikal (5,263 notis) dan lain-lain (1,955 notis).

“Setakat ini kita mempunyai sebanyak 45 kamera AES di seluruh negara iaitu 29 kamera untuk mengesan kesalahan memandu melebihi had laju manakala 16 kamera mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

“Secara purata kira-kira 1,000 kesalahan melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju dirakam kamera Awas setiap hari dan jumlah berkenaan agak tinggi dan serius kerana dua kesalahan ini antara penyumbang utama kemalangan termasuk kemalangan maut di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai Pen- gangkutan Jalan Gred KP19 dan AB19 (2018) di Akademi Pengangkut­an Jalan Malaysia di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata lokasi saman tertinggi yang dikeluarka­n dalam tempoh berkenaan ialah di Kilometer 375.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara iaitu sebanyak 9,609 notis bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan di Jalan Pasir Putih di Perak iaitu sebanyak 367 notis kerana melanggar lampu isyarat.

Sementara itu, beliau berkata daripada jumlah saman yang dikeluarka­n dalam tempoh tersebut, hanya 1,675 notis atas kedua-dua kesalahan terlibat telah dijelaskan membabitka­n kutipan sebanyak RM498,000. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Kamaruddin (berdiri, tengah) bersama sebahagian pelatih yang menerima lesen memandu pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai Pengangkut­an Jalan Gred KP19 dan AB19 (2018) di Akademi Pengangkut­an Jalan Malaysia, dekat Melaka, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid (berdiri, tiga kanan).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Kamaruddin (berdiri, tengah) bersama sebahagian pelatih yang menerima lesen memandu pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai Pengangkut­an Jalan Gred KP19 dan AB19 (2018) di Akademi Pengangkut­an Jalan Malaysia, dekat Melaka, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid (berdiri, tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia