Utusan Borneo (Sarawak)

Proses pemilihan PKR Cabang Miri berjalan lancar

-

MIRI: Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Miri yang diadakan di Kelab Gymkhana Miri (GCM) semalam berjalan lancar.

Ketua Wanita PKR Negeri Voon Siak Ni berkata, beliau berpuas hari dengan proses pemilihan yang berjalan lancar dan mengamalka­n demokrasi sepenuhnya.

“Saya gembira kerana setakat tengah hari ini proses pemilihan berjalan lancar, tiada kekecohan seperti yang berlaku di Keningau. Saya percaya setiap pengundi matang dan menghormat­i sistem demokrasi.”

“Setiap calon ada kelemahan dan kekuatan sendiri, namun terpulang kepada pengundi untuk menentukan siapa yang diundi,” katanya ketika ditemui pemberita semasa ditemui di pusat pengundian di GCM semalam.

Voon menambah, pihaknya turut menempatka­n pegawai keselamata­n sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan pemilihan berjalan lancar sehingga petang nanti.

Ujarnya, sebagai negara yang mengamalka­n sistem demokrasi, mereka akan menghormat­i apa jua keputusan undi itu kelak.

Ditanya sama ada PKR Cabang Miri mempunyai masalah menyelia dan kerjasama antara ahli parti dan calon, Voon berkata masalah itu tidak wujud dan beliau berharap semangat itu dikekalkan demi perjuangan parti.

Keputusan akan diketahui selepas proses pengundian ditutup pada jam 4 petang nanti.

Terdahulu Ketua PKR Miri merangkap Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng dan calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin turut melawat pusat pengundian dan sempat beramah dengan pengundi yang tiba di situ seawal jam 8 pagi.

Dr Teo ketika ditemui berkata, beliau menyokong sepenuhnya pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli untuk meneruskan agenda reformasi PKR.

“Ini bagi memastikan perjuangan reformasi yang bermula pada tahun 1998- an diteruskan dalam perjuangan parti demi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8,” kata Dr. Teo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia