Utusan Borneo (Sarawak)

16 premis rumah urut diarah tutup

-

KUALA LUMPUR: Enam belas daripada 22 premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup kerana beroperasi tanpa lesen dalam operasi khas rumah urut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malam kelmarin.

“Pihak kami telah memeriksa 22 premis rumah urut dan semua dikenakan tindakan sita barang-barang perniagaan mereka seperti kerusi lipat, khemah, dan ‘decoder rakaman litar tertutup (cctv)”, kata Pengarah Penguatkua­saan DBKL Azman Mahmood.

Daripada jumlah itu, 16 premis dikenakan tindakan penutupan premis.

“Operasi ini dilakukan oleh 22 pegawai dan anggota DBKL bermula jam 8 malam hingga 2 pagi tadi (semalam),” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata DBKL akan terus bergiat aktif dalam membantera­s premis-premis rumah urut yang beroperasi tanpa lesen dan akan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang ingkar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT PEMERIKSAA­N: Anggota Penguatkua­sa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaa­n ketika Operasi Khas Premis dijalankan sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama BUAT PEMERIKSAA­N: Anggota Penguatkua­sa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaa­n ketika Operasi Khas Premis dijalankan sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia