Utusan Borneo (Sarawak)

DBKL rugi lebih RM28 juta akibat tunggakan sewa PPR

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian sebanyak RM28,137,507 berikutan tunggakan sewa terkumpul daripada penyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) setakat 31 Okt lepas.

DBKL dalam satu kenyataan semalam berkata jumlah itu melibatkan 26,860 penyewa PPR dan PA yang gagal menjelaska­n sewa bulanan mereka sebanyak RM124 sebulan.

Menurut kenyataan, sewa itu amat rendah berbanding dengan kos pengurusan dan penyelengg­araan yang ditanggung oleh DBKL yang dianggarka­n RM300 sebulan bagi setiap unit PA dan PPA.

Justeru, penyewa adalah dinasihatk­an supaya menjelaska­n tunggakan sewa dengan segera bagi memastikan perjanjian penyewaan tidak ditamatkan, menurut kenyataan itu.

DBKL akan menamatkan perjanjian penyewaan sertamerta ke atas PA dan PPR mana-mana penyewa yang masih ingkar menjelaska­n tunggakan sewa mereka.

Mereka juga dikehendak­i mengosongk­an unit dan menyerahka­n semula rumah PA atau PPA kepada DBKL setelah perjanjian penyewaan tamat tempoh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Fadzil (kiri) melihat barang yang dirampas ketika serbuan dalam operasi judi dalam talian di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Fadzil (kiri) melihat barang yang dirampas ketika serbuan dalam operasi judi dalam talian di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia