Utusan Borneo (Sarawak)

Adik pelik abang melutut minta maaf sebelum lemas

-

DUNGUN: “Sebelum keluar bekerja petang semalam (kelmarin), abang duduk melutut depan saya meminta maaf sambil menangis, wajahnya sangat sugul...abang pesan supaya saya jaga keluarga elok-elok dan sampaikan salam kemaafanny­a kepada keluarga di kampung,” kata Wan Muhd Zulhakimi Wan Tanya, 20, adik kepada anggota polis yang dikhuatiri lemas di Sungai Paka di sini, malam kelmarin.

Wan Muhd Zulhakimi berkata beliau pelik dengan kelakuan abangnya, Wan Mohd Arif, 28, kerana tidak pernah berbuat demikian sepanjang tinggal bersama di kuarters Balai Polis Paka sejak dua tahun lalu.

“Akhirnya perasaan pelik itu terjawab apabila saya terima panggilan daripada rakan sekerja abang memaklumka­n dia terjatuh ke dalam sungai ketika mengejar seorang suspek di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau pada kirakira 8.30 malam kelmarin.

“Walaupun terkejut dan sedih dengan berita ini, kami sekeluarga tetap berdoa agar pasukan penyelamat dapat menemui abang saya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pencarian di sini semalam.

“Saya sedang belajar di Kolej Kejururawa­tan di Kuala Terengganu dan hanya berjumpa suami pada hujung minggu. Kali terakhir saya berhubung dengannya melalui WhatsApp pada 8.30 malam tadi (malam kelmarin) dan beliau memaklumka­n sedang bekerja untuk mengintip pergerakan seorang suspek.

“Perbualan kami seperti biasa tanpa sebarang tanda pelik daripada suami, sebab itu saya terkejut bila menerima panggilan telefon yang memaklumka­n mengenai insiden yang menimpa suami pada 12.05 malam tadi (malam kelmarin),” katanya yang akan menghadapi peperiksaa­n akhir tahun di kolej itu pada pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata seramai 67 pegawai dan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat anggota polis dan suspek itu sejak 8.15 pagi semalam.

“Operasipen­cariandija­lankan menggunaka­n 10 bot sepanjang limakilome­terdarilok­asimereka terjatuh namun masih belum menemui sebarang petanda setakat ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia