Utusan Borneo (Sarawak)

Johor siap siaga hadapi Monsun Timur Laut: Exco

-

KLUANG: Kerajaan Johor sudah bersiap siaga untuk menghadapi fenomena Monsun Timur Laut yang dijangka membawa taburan hujan banyak sehingga boleh mengakibat­kan bencana banjir.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata fenomena itu dijangka bermula penghujung bulan ini sehingga Mac tahun depan.

“Johor sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan sebarang kemungkina­n dalam tempoh berkenaan ( monsun) dengan pelbagai usaha dilakukan melibatkan beberapa agensi.

“Melalui portfolio saya, Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil tindakan awal dengan menyelengg­ara dan membersihk­an sistem perparitan di kawasan berisiko banjir,” katanya.

Sahruddin berkata persiapan akan dimulakan dengan pemantauan hujan dan kenaikan paras air sungai serta laut sehingga kepada persediaan dalam menangani waktu kecemasan, pemindahan penduduk, aspek kesihatan serta bekalan barangan keperluan.

Beliau berkata persiapan awal turut dilakukan di peringkat daerah dengan masing- masing akan melaksana Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Banjir di semua jabatan dengan memberi penugasan mengikut peranan tertentu.

“Melalui mesyuarat tersebut, pelbagai persiapan dilakukan termasuk mengemas kini senarai keanggotaa­n jawatankua­sa yang terlibat termasuk pengerusi zon banjir mengikut setiap mukim. — Bernama GEORGE TOWN: Tiga lelaki warga asing dipercayai anggota ‘Geng Rantau’ ditembak mati polis dalam kawasan hutan selepas cuba memecah masuk sebuah rumah banglo di Tanjung Bungah, di sini awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi ) Pulau Pinang ACP Rahimi Rais berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah sebuah banglo pada jam 4.20 pagi sebelum anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di rumah itu, anggota kami mendapati terdapat tiga lelaki cuba memecah masuk banglo berkenaan dan mereka bertindak melarikan diri ke arah hutan berhampira­n selepas menyedari kehadiran polis.

“Pihak polis bertindak mengejar mereka kira-kira 500 meter ke dalam hutan berkenaan dan semasa sedang mencari tiga suspek itu, mereka cuba menyerang anggota menggunaka­n parang sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertaha­nkan diri, “katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Katanya pemeriksaa­n mendapati tiga lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an itu telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditembak dalam insiden tersebut.

Rahimi berkata polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan diri bersama tiga lelaki itu dan pihaknya tidak menolak kemungkina­n mereka merupakan anggota geng pecah rumah dan samun di sekitar negeri ini sejak beberapa bulan lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia