Utusan Borneo (Sarawak)

Bertujuan bantu mengurangk­an beban kewangan penuntut IPT

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kewangan telah bersetuju dengan saranan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perkara yang dipersetuj­ui semasa mesyuarat kabinet kelmarin itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee berkata kementeria­n terbabit bersetuju untuk melihat cadangan itu yang bertujuan untuk membantu mengurangk­an beban kewangan penuntut IPT.

“Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat kabinet yang berlangsun­g kelmarin iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangk­an pada 2 Nov lepas.

“Perdana Menteri juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maszlee menzahirka­n penghargaa­n kepada Ke-

Perdana Menteri juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan. Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

menterian Kewangan dan sokongan Perdana Menteri dalam mempertimb­angkan cadangan tersebut demi membantu penuntut IPT.

Kami berharap akan ada berita menggembir­akan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini, katanya.

Maszlee berkata cadangan itu adalah selaras dengan janjinya dalam memastikan kebajikan penuntut IPT terbela. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Mujahid bersalaman dengan para peserta selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-35 di sebuah hotel terkemuka dekat Sepang, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Mujahid bersalaman dengan para peserta selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-35 di sebuah hotel terkemuka dekat Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia