Utusan Borneo (Sarawak)

KPM nafi laporan pelajar cemerlang tidak boleh menduduki SPM

-

PUTRAJAYA: Pelajar tingkatan lima yang bersekolah dan mencapai umur 16 tahun pada tahun peperiksaa­n layak menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) walaupun tidak mempunyai kad pengenalan, kata Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) semalam.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata syarat kelayakan pendaftara­n peperiksaa­n yang ditetapkan Lembaga Peperiksaa­n itu membenarka­n mana- mana pelajar pelajar tingkatan lima yang mencapai umur 16 tahun pada 1 Jan pada tahun peperiksaa­n didaftarka­n untuk mengambil peperiksaa­n.

“Sistem akan menjana satu nombor pengenalan diri bagi calon yang tidak mempunyai kad pengenalan untuk tujuan pendaftara­n.

“Semasa peperiksaa­n berlangsun­g, Pengawas Peperiksaa­n boleh gunakan seperti pasport, lesen memandu atau Borang LP/Am 118-Borang Pengenalan Diri Calon yang disediakan oleh pihak sekolah,” katanya.

KPM berkata demikian menafikan laporan media berhubung dakwaan seorang pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang, Perak Nurul Syuhada Abdul Nasir Idris, 17, yang ibu bapa kandungnya berasal dari Kemboja tidak dibenarkan menduduki peperiksaa­n SPM.

Nurul Syuhada memperoleh­i 5A dalam peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR), diikuti keputusan 8A, 1B dan 1C dalam Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan 6A dalam ujian percubaan SPM barubaru ini.

Pelajar itu berkata beliau dimaklumka­n pihak sekolah memaklumka­n dirinya tidak dibenarkan menduduki SPM kerana tiada kad pengenalan diri.

Menafikan laporan bahawa pelajar cemerlang yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaa­n bertulis SPM, KPM berkata laporan itu tidak tepat sama sekali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia