Utusan Borneo (Sarawak)

MED cadang setiap parlimen hasilkan 200 usahawan baharu setiap tahun

-

MELAKA: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) mencadangk­an agar setiap kawasan parlimen cuba menghasilk­an 200 orang usahawan setiap tahun.

Timbalan menterinya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata usaha itu bertujuan bagi mencapai sasaran kerajaan untuk menghasilk­an sekurang-kurangnya 50,000 usahawan baharu di seluruh negara setiap tahun.

“Saya akan bertemu dengan semua anggota parlimen, baik dari kerajaan dan pembangkan­g supaya dapat bersamasam­a membantu pembinaan usahawan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis istiadat penganuger­ahan darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka di Dewan Seri Negeri semalam.

Sementara itu beliau berkata kementeria­n Pembanguna­n Usahawan sedang berusaha menghidupk­an kembali lebih kurang 4,000 koperasi yang tidak aktif agar ianya kembali cergas terlibat dengan lebih kukuh dalam industri.

“Kita tidak mahu melihat koperasi yang tidak aktif ini terus hanyut, sebaliknya mereka perlu bergiat aktif,” katanya dan menambah dengan jumlah 14,000 koperasi dalam negara ketika ini MED berazam untuk menjadikan koperasi sebagai tonggak penting penyumbang kepada ekonomi negara.

Sementara itu Mohd Hatta berkata pihaknya akan terus memberi sokongan kepada lebih kurang 2,000 koperasi sekolah dalam usaha membina minat pelajar kepada bidang usahawan.

“Kita tidak boleh mengharapk­an sesuatu yang lebih daripada koperasi sekolah, namun ia merupakan platform terbaik dalam mendidik anak muda terlibat dalam bidang keusahawan dan mereka mempunyai daya kreativiti yang tinggi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Dzulkefly (dua kanan) menunjukka­n isyarat bagus kepada para penderma darah yang menderma sebagai simbolik menyokong para pesakit Thalassaem­ia pada Sambutan Hari Kesedaran Thalassaem­ia Peringkat Kebangsaan 2018 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Dzulkefly (dua kanan) menunjukka­n isyarat bagus kepada para penderma darah yang menderma sebagai simbolik menyokong para pesakit Thalassaem­ia pada Sambutan Hari Kesedaran Thalassaem­ia Peringkat Kebangsaan 2018 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia