Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada jawatan tertinggi diberikan kepada Mustapa: Dr Mahathir

-

KOTA BHARU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang akan ditawarkan kepada bekas menteri kabinet dan bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamad selepas pemimpin itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU).

Dr Mahathir berkata men- jadi dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak menawarkan jawatan bagi tempoh tertentu kepada mana-mana bekas pemimpin UMNO.

“Mereka mesti bersihkan diri daripada amalan kerajaan terdahulu dan (kami) akan melihat tempoh tertentu buat mereka (pegang jawatan),” katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan pemimpin PH Kel- antan di sebuah hotel di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Kelantan Senator Datuk Husam Musa.

Dr Mahathir juga menjelaska­n mana-mana pemimpin dan anggota UMNO yang berhasrat menyertai PH, walaupun pada masa yang sama penyertaan mereka dialu- alukan, tetapi perlu menerima prinsip yang diperjuang­kan PH.

Ditanya tentang jumlah royalti petroleum kepada Kelantan, Dr Mahathir berkata beliau masih meneliti perkara itu kerana perlu melihat pelbagai sudut sebelum membuat keputusan.

Menyentuh mengenai nasib nelayan, petani dan pekebun kecil yang bakal terjejas pada musim tengkujuh ini, beliau berkata kerajaan akan mencari kaedah sesuai untuk membantu mereka.

“Pemberian insentif bukan jalan terbaik seperti yang diberikan oleh kerajaan terdahulu kerana kita mahu mereka ada jalan usaha untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Mengenai genap enam bulan kerajaan PH memerintah negara, Dr Mahathir berkata beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi kerajaan dan banyak perkara yang perlu diberi perhatian terutama dalam usaha membantu rakyat.

“Kalau tanya saya memanglah tidak berpuas hati lagi tetapi usaha yang kita lakukan telah memperliha­tkan rakyat gembira dan ceria terutama dalam usaha membasmi rasuah,” katanya.

Perdana Menteri juga ber- kata berdasarka­n prestasi keseluruha­n anggota kabinet yang dibentukny­a, beliau yakin menteri-menteri berkenaan akan sentiasa meningkatk­an prestasi daripada semasa ke semasa.

“Saya sentiasa berjumpa dengan mereka dan berbincang mengenai bagaimana mereka boleh menyelesai­kan permasalah­an dan meningkatk­an prestasi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GERAKAN BAHARU: Syed Sadiq (duduk, tengah) bersama para peserta pada Program Penutup Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2018 Jabatan Penerangan Malaysia di Kampung Parit Bugis semalam.
— Gambar Bernama GERAKAN BAHARU: Syed Sadiq (duduk, tengah) bersama para peserta pada Program Penutup Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2018 Jabatan Penerangan Malaysia di Kampung Parit Bugis semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia