Utusan Borneo (Sarawak)

Beri ruang anak muda jadi pemimpin gerakan Malaysia Baharu

-

MUAR: Golongan muda perlu diberi ruang dan peluang menjadi pemimpin masa kini, dan bukannya menunggu sebagai pemimpin masa depan sahaja, dalam usaha menggerakk­an aspirasi Malaysia Baharu, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu berkata dalam pentadbira­n kerajaan terdahulu, anak muda sering dilihat tidak berpengala­man dan terlalu mentah untuk ‘duduk semeja’ bagi membuat keputusan merencana agenda negara, namun hal tersebut tidak akan berlaku pada pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) masa ini.

Beliau berkata dalam agenda Malaysia Baharu oleh kerajaan PH, setiap suara anak muda itu penting dalam merencana aspirasi agenda tersebut, justeru generasi berkenaan perlu berani tampil ke hadapan untuk bersama menyahut cabaran berkenaan.

“Malaysia Baharu bukan milik saya, bukan milik satu pihak tertentu sahaja, ia merentasi semua, milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur, agama, bangsa atau apa sahaja latar belakang.

“Sesiapa sahaja, jika kamu berjiwa besar kamu ada tempat dalam menggerakk­an Malaysia Baharu ... dalam konteks ini suaraanakm­udapenting­sekali,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan­2018diKamp­ungParit Bugis di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Seramai 132 peserta terlibat dalam program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2018, sebuah program berkonsepk­an keluarga angkat berlangsun­g selama empat hari berakhir semalam di kampung itu, bagi merasai kehidupan masyarakat kampung serta memperliha­tkan kepada mereka teladan dan nilai murni hidup bermasyara­kat.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, Syed Saddiq berkata beliau bersama kementeria­nnya akan berusaha memastikan anak muda berada dalam setiap lapisan pentadbira­n kerajaan dalam memacu agenda negara.

Beliau berkata dalam Belanjawan 2019, kerajaan memperuntu­kkan RM70 juta kepada kementeria­nnya bagi merangka program melatih anak muda sebagai pemimpin yang mampu menjadi aset penting buat negara.

“Pada masa ini, kita sedang membentuk modul dan perinciann­ya supaya suatu hari nanti walau apa pun terjadi walaupun bertukar kerajaan sekali pun, anak muda itu terus diperkasa dan memainkan peranan penting buat negara.

“Anak muda ini bukan sahaja pemimpin masa depan tetapi pemimpin masa kini, saya akan pastikan anak muda berada dalam setiap lapisan kerajaan untuk membuat keputusan berhubung dasar negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia