Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho ketinggala­n di belakang Guardiola?

-

MANCHESTER: Manchester United ( MU) memilih Jose Mourinho sebagai penawar kepada “jiran bising” Manchester City yang akhirnya mencapai matlamat lama untuk melantik Pep Guardiola sebagai pengurus pada 2016. Mereka bersatu semula di barat laut England selepas konfrontas­i selama dua tahun dalam persaingan sengit Barcelona-Real Madrid, di mana Mourinho menamatkan dominasi Guardiola selama tiga musim dalam La Liga, dan MU jelas berharap pengurus Portugis yang penuh semangat itu dapat sekali lagi menjengkel­kan pengurus Catalan itu.

Namun sekarang, selepas menggalas tugas selama tiga muzim, Guardiola dan Mourinho telah menyaksika­n jurang terbuka dengan bahagian biru di Manchester yang kini dominan.

Jika City memenangi perlawanan tetangga Manchester pada malam ini (Ahad), City akan mendahului MU dengan 12 mata selepas hanya 12 perlawanan sahaja setelah musim baharu bermula, jurang yang perlahan-lahan meluas dalam setiap daripada tiga tahun lalu.

Pada musim sebelum ketibaan mereka, hanya kelebihan jaringan City sahaja menyaksika­n mereka memintas MU untuk menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Walaupun musim pertama sukar bagi Guardiola dalam bola sepak Inggeris, City menamatkan kempen itu sembilan mata di hadapan seteru tetangga mereka.

Pada musim lepas, jurang melonjak kepada rekod 19 mata di antara tempat pertama dan tempat kedua apabila City memenangi kejuaraan dengan 100 mata.

City ternyata nampak tidak dapat disentuh buat masa sekarang. Sekali lagi menduduki tempat teratas dalam EPL, perbezaan gol campur 29 berbanding campur satu bagi MU menceritak­an kisah tentang nasib kedua-dua pasukan yang bertentang­an setakat ini pada musim ini.

MU sekurang- kurangnya menunjukka­n sedikit kekentalan sejak beberapa minggu lalu, apabila mereka bangkit selepas ketinggala­n untuk menewaskan Newcastle, Bournemout­h dan, paling mengagumka­n, juara Itali Juventus pada pertengaha­n minggu ini.

Namun demikian, setiap kemenangan itu kelihatan sukar. Mereka h a n y a dua kali sahaja menang dengan kelebihan satu gol sepanjang musim, berbanding 12 kemenangan dengan beberapa gol oleh City.

Guardiola juga memiliki rekod yang mengagumka­n bila menentang Mourinho, tewas hanya lima kali sahaja daripada 21 pertemuan mereka. — AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia