Utusan Borneo (Sarawak)

Bguir menjadi wira Esperance dengan menjaringk­an dua gol untuk kemenangan agregat 4-3 ke atas Al Ahly di Rades

-

TUNIS: Saad Bguir menjadi bintang yang tidak dijangkaka­n apabila Esperance dari Tunisia menewaskan Al Ahly dari Mesir 3-0 kelmarin di Rades untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara CAF buat kali ketiga.

Bguir menjadi pemain simpanan bagi kebanyakan waktu dalam kempen Afrika, menjaringk­an hanya satu gol sahaja, dan memulakan perlawanan pusingan kedua perlawanan akhir hanya kerana Franck Kom dari Cameroon digantung permainan.

Selepas dia menjaringk­an gol dalam setiap babak, Anice Badri melakukan jaringan untuk memberikan kemenangan agregat 4-3 kepada Esperance selepas mereka tewas 3-1 pada pusingan pertama selepas Ahly menyempurn­akan dua tendangan penalti yang kontrovers­i.

Permainan yang dominan oleh pasukan tuan rumah di Stade Olympique de Rades menamatkan siri tanpa kemenangan dalam 10 perlawanan menentang Ahly dalam pertanding­an CAF sejak Julai 2011.

Selepas persiapan yang tegang dengan Esperance yang berang dengan layanan yang mereka terima di dalam dan di luar padang di Mesir, perlawanan berlangsun­g tanpa sebarang insiden di hadapan penonton yang ramai dalam venue yang mempunyai 60,000 tempat duduk.

“Ini adalah kemenangan yang akan kekal dalam ingatan saya,” kata Bguir, yang mengabadik­an kemenangan itu kepda penyokong dan bekas jurulatih Khaled Ben Yahia.

Ben Yahia meninggalk­an Esperance sejurus selepas mereka tewas

Perdana Menteri Tunisia,Youssef Chahed menyampaik­an trofi kejuaraan kepada pasukan Esperance selepas menjuarai Liga Juara-Juara CAF di Rades. dalam pusingan pertama peryang dia maksudkan. lawanan separuh akhir kepada Esperance mendominas­i Primeiro Agosto di Angola babak pertama yang bebas dan kelab itu enggan mensama sekali daripada sebarang jelaskan sama ada dia meletak insiden dan menjaringk­an gol jawatan atau dipecat. pendahulua­n seminit sebelum

Jurulatih yang menang, masa tambahan menerusi Moine Chaabani, yang sebelBguir. umnya menjadi pembantu Hantaran licik membuka kepada Ben Yahia, berkata pertahanan Ahly dan pemain dengan tangisan: “Terdapat tengah itu merembat bola mebeberapa orang yang meninglepa­si penjaga gol Mohamed el galkan saya dalam kehidupan Shenawy dari jarak dekat dan yang saya harap ada di sini mencecah sudut jauh jaring. pada hari ini.” Ia ternyata menyuntik se

Pengendali berusia 37 tahun mangat yang kuat bagi pasudan bekas pemain pertahanan kan ‘Darah dan Emas’, yang Esperance itu kemudian menpernah mengecapai kejayaan jauhkan diri dari mikrofon dalam Liga Juara-Juara pada tanpa menyebut nama orang 1994 dan 2011.

Bguir meletakkan Esperance dua gol di hadapan pada malam itu dan di mendahului pada keseluruha­n berdasarka­n jaringan di tempat lawan apabila dia menjaringk­an gol sekali lagi pada minit ke-54. Pemain pertahanan Sameh Derbali melakukan hantaran lintang dan Bguir menjumpai ruang untuk menanduk bola melepasi El Shenawy dari jarak dekat. Ahly memerlukan satu gol untuk kembali di hadapan berdasarka­n agregat, tetapi tidak pernah menimbulka­n masalah bagi penjaga gol Tunisia, Moez Ben Cherifia, dan Badri menjamin kemenangan pada minit ke-86. Dia memintas satu hantaran di bahagian tengah, menewaskan beberapa pemain pertahanan dan meledakkan rembatan k e n c a n g yang melepasi El Shenawy. Kejayaan dica- pai sebagai sesuatu yang amat melegakan bagi Esperance, yang sering menjadi “pengapit” dalam Liga JuaraJuara, selepas mereka tewas dalam empat daripada enam perlawanan akhir sebelum ini dalam pertanding­an elit kelab Afrika.

Mereka bertemu dengan Ahly pada peringkat kumpulan pada tahun ini, seri 0-0 di tempat lawan dan tewas 1-0 di stadium sendiri kepda jaringan Walid Azaro, yang digantung untuk perlawanan pusingan kedua selepas dia dengan sengaja mengoyakka­n jersinya dalam perlawanan pertama.

Azaro dari Maghribi menjadi orang utama dalam tendangan penalti yang kontrovers­i selepas Esperance berkata dia sengajat menjatuhka­n diri untuk memenangi tendangan penalti pertama dan purapura dipukul bagi tendangan penalti kedua.

Penyokong Esperance menyambut kemenangan itu dengan menjerit, bernyanyi, menari dan membunyika­n hon kereta di tengah Tunis.

Ramai melaung “1, 2, 3”, yang merujuk kepada tiga kejuaraan Liga Juara-Juara yang mereka menangi ke atas Zamalek dari Mesir (1994), Wydad Casablanca dari Maghribi (2011) dan Ahly.

Di Kaherah, suasana yang ceria pada mulanya di kafe sesak bertukar suram selepas Bguir menjaringk­an gol pertamanya sebelum waktu rehat. — AFP

Ini adalah kemenangan yang akan kekal dalam ingatan saya. Saad Bguir Pemain Esperance

 ??  ?? TAHNIAH:
TAHNIAH:
 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Bguir meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan tersebut.
— Gambar Reuters TERBAIK: Bguir meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan tersebut.
 ??  ?? BARKLEY
BARKLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia