Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah luar bandar perlu berganding bahu tingkat pencapaian selain majukan diri dalam sukan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Sekolah-sekolah luar bandar di daerah Sebauh perlu berganding bahu berusaha meningkatk­an pencapaian bukan sahaja akademik malah melahirkan atlet-atlet berbakat mampu diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pengurusan sekolah perlu bekerjasam­a dan berusaha melahirkan ikon baharu bukan sahaja membantu meningkatk­an prestasi pendidikan malah mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan.

“Apa yang penting semangat kesukanan tinggi serta berjuang dengan aspirasi mencapai kecemerlan­gan. Ini masa murid-murid dan warga pendidik membentuk masa depan warga Sebauh bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi melahirkan atlet sukan terbaik,” katanya pada Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Majlis Sukan Sekolahsek­olah Rendah (MSSR) Ke-15 Daerah Sebauh 2018 anjuran SK Labang dan SK Kuala Kebulu di Stadium Mini Bintulu semalam.

Kejohanan itu disertai 237 murid-murid dan 103 pegawai kejohanan dari 13 buah sekolah daerah Sebauh merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Balai, SK Bukit Mawang, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chung San, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Pandan, SK Sungai Sengian, SK Sungai Genaan, SK Sebauh dan SK Sebungan.

Dr Rundi berkata, beliau sentiasa menyokong sekolah-sekolah di Sebauh mengadakan kejohanan sukan dengan memastikan penganjura­nnya lebih teratur dan sempurna sekali gus dapat membantu prestasi murid-murid terus meningkat.

“Kita perlu mencari dan mencungkil bakat-bakat, urus murid-murid dengan baik-baik sesuai dengan fizikal, mental dan psikologi dan saya membantu dan memberi sokongan penuh kepada sekolah-sekolah luar bandar di Sebauh agar dapat melahirkan atlet-atlet berbakat,” jelasnya.

Mengulas lanjut prestasi sekolah di Sebauh, Dr Rundi berkata semua pihak berganding bahu sentiasa menambah baik prestasi akademik termasuk pencapaian dalam bidang sukan.

Beliau menasihati murid-murid agar tidak terlalu bergantung kepada orang lain membantu sebaliknya perlu berusaha sendiri membantu diri memandangk­an seseorang berjaya tidak akan berjaya secara tiba-tiba melainkan dengan usaha.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh Tero Bayel berkata penganjura­n kejohanan olahraga itu amat bertepatan dengan fasilitiny­a memenuhi piawaian antarabang­sa mencungkil bakat-bakat murid-murid dalam bidang sukan olahraga.

Beliau berharap kejohanan itu dapat diadakan dengan lebih baik pada masa hadapan dan membantu memupuk semangat muhibah antara ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan komuniti.

Tero berterima kasih dan menghargai semua pihak menjayakan kejohanan itu serta komitmen diberikan termasuk komuniti-komuniti di daerah Sebauh.

Kejohanan itu menyaksika­n SK Sebauh muncul juara keseluruha­n diikuti naib juara ialah SK Bukit Balai dan tempat ketiga SK Labang.

Hadir sama Pengerusi MSSR Daerah Sebauh merangkap Guru Besar SK Bukit Balai Mangai Tugau, Guru Besar SK Labang merangkap Pengerusi pengelola I, Roslan Rosli dan Guru Besar SK Kuala Kebulu merangkap Pengerusi pengelola II, Marie Bernadette.

 ??  ?? MESRA: Dr Rundi (dua kiri) bersalaman dengan guru-guru yang mengiringi murid-murid pada kejohanan olahraga MSSR daerah Sebauh.
MESRA: Dr Rundi (dua kiri) bersalaman dengan guru-guru yang mengiringi murid-murid pada kejohanan olahraga MSSR daerah Sebauh.
 ??  ?? STERLING
STERLING
 ??  ?? KEITA
KEITA
 ??  ?? FABINHO
FABINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia