Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia jumpa Thailand pada perlawanan akhir futsal ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menempah tiket ke final Kejuaraan Futsal Persekutua­n Bola Sepak ASEAN ( AFF) selepas mengatasi Vietnam 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir di Gedung Olahraga (GOR) Universita­s Negeri Yogyakarta, Indonesia kelmarin.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti setelah kedua- dua pasukan terikat seri 2-2 se- lepas tamat masa perlawanan sebenar, demikian menurut laman sesawang AFF; www. aseanfootb­all.org.

Pada perlawanan berkenaan, skuad futsal negara mendahului 2-0 hasil jaringan Mohd Azwann Ismail pada minit kelima dan Muhammad Azri Rahman pada minit ke26 sebelum Vietnam menyamakan kedudukan hasil jaringan Vo Quoc Hung pada minit ke-30 dan Nguyen Thanh Tin pada minit ke-40.

Malaysia bakal berdepan Thailand pada aksi final, Ahad ini setelah juara bertahan itu menang tipis 3-2 ke atas Indonesia pada satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsun­g lebih awal di venue yang sama.

Pertemuan Malaysia-Thailand memberikan peluang kepada Malaysia menebus kekalahan mereka kepada negara itu selepas pasukan negara tewas 3-4 pada final 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia