Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp bergelut dengan dilema pemain tengah

-

LIVERPOOL: Ketika Jurgen Klopp cuba meneruskan cabaran Liverpool bagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), keperluan untuk menyusun bahagian tengahnya kini menjadi isu yang semakin mendesak.

Perlawanan di tempat sendiri menentang kelab tercorot Fulham pada malam ini (Ahad) mungkin menawarkan peluang untuk mula memperbetu­lkan keadaan itu dengan memberi masa bermain yang amat penting kepada Naby Keita dan Fabinho untuk membina momentum dan keyakinan.

Kedua-dua pemain ditandatan­gani dengan perbelanja­an yang besar pada waktu musim panas dengan matlamat untuk mengukuhka­n pilihan Liverpool di bahagian tengah.

Keita dilihat sebagai gantian bagi kelicikan Philippe Coutinho dalam serangan manakala Fabinho dilihat sebagai pemain untuk membuktika­n perisai pertahanan ekoran pemergian Emre Can.

Kedua-dua pemain itu belum lagi dapat membuktika­n diri sebagai kehadiran yang berpengaru­h di England, dan Klopp, pengurus The Reds, umumnya bergantung kepda pemain yang digunakan pada musim lepas.

Klopp menyatakan kedua-dua pemain memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri di sebuah negara baharu, selepas Keita, pemain antarabang­sa Guinea, tiba dari kelab Jerman, RB Leipzig, dan Fabinho dari Brazil datang dari kelab Ligue 1 Perancis, Monaco.

Walaupun ia dapat difahami bahawa kedua-dua pemain tidak akan menyerlah serta- merta, keperluan bagi mereka untuk menemui rentak telah menjadi semakin segera, ekoran ketiadaan cetusan kreatif dalam bahagian tengah Liverpool.

Jika barisan hadapan yang terdiri daripada Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane gagal untuk mencapai kehebatan pada musim lepas, perkara sama yang juga benar bagi bahagian tengah, di mana Alex Oxlade-Chamberlai­n yang cedera amat dirindui.

Liverpool, kini di tempat ketiga dalam EPL, tidak begitu mengancam seperti pada musim lepas dalam perjalanan mereka ke peringkat akhir Liga JuaraJuara.

Fabinho masih ada kerja untuk dibuat bagi mendapatka­n tempat permulaan. Bagaimanap­un Keita pasti akan kerap bermain apabila dia dapat menyesuaik­an diri dan pertemuan dengan kelab bermasalah Fulham mungkin tempat yang ideal untuk bermula. — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia